Penyampai radio, DJ Lin akui tersentuh dan kagum melihat usaha murni Dr Afif Mohd Ridzwan yang berusaha menubuhkan Yayasan Al-Farhain demi membantu masyarakat yang selama ini menanggung derita kesihatan dalam diam.
Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, dia melihat inesiatif itu sebagai satu sinar baharu buat golongan B40 yang terbeban dengan senarai menunggu hospital yang panjang dan kekangan kewangan.
Menerusi pertemuan itu, DJ Lin menyatakan sokongan padu terhadap usaha Dr Afif yang sudah lama membantu masyarakat secara kecil-kecilan.
“Bagi saya, usaha ini bukan sekadar projek kebajikan biasa, malah satu inisiatif yang mampu membuka ruang dan peluang buat lebih ramai golongan B40 yang selama ini menanggung derita dalam senyap kerana kurang berkemampuan dan tidak tahu saluran yang betul.
“Bagi saya, langkah baik Dr. Afif bersama pasukannya untuk menubuhkan satu yayasan sebagai cara memberi semula kepada masyarakat adalah satu niat yang sangat murni,” katanya.
DJ Lin berkata demikian seusai program Bicara Wanita: Pengorbanan dan Inspirasi anjuran Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita (PERISMA) JBPM Pahang, di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kuantan.
Turut hadir Pengarah Bomba Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim; Pengerusi PERISMA, Datin Suraya Jusoh; wakil PUSPANITA Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, PERKEP Briged Tenggara PGA serta Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
Ads
Langkah Yang Disambut Baik
Pada masa sama, DJ Lin turut berkongsi rasa terharunya apabila dimaklumkan mengenai perancangan Dr Afif yang Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain untuk membantu golongan memerlukan melalui pembedahan mata percuma.
“Apa yang Dr. Afif beritahu kepada saya, nak bantu operasi pembedahan mata secara percuma kepada golongan yang memerlukan, itu satu amalan yang mulia.
“Tidak ramai yang mampu mendapatkan rawatan seperti itu, apatah lagi bila senarai menunggu di hospital terlalu panjang dan kos rawatan di sektor swasta pula sering menjadi penghalang.
“Ini secara tak langsung menjadi penghalang buat golongan B40 nak rasa teknologi rawatan canggih,” katanya lagi.
DJ Lin menambah, langkah ini mampu menjadi ‘jambatan’ buat mereka yang tidak tahu ke mana harus mencari bantuan.
Ads
“Ramai sebenarnya yang tak tahu channel atau saluran yang betul. Apabila ada yayasan begini, ia boleh bantu lebih ramai yang memerlukan.
“Ini satu idea yang murni sebenarnya. Saya sangat kagum dengan inisiatif Dr. Afif bersama team.
“Mudah-mudahan dapat sokongan daripada semua pihak. Niat baik, Allah akan bantu,” katanya.
Dr Afif pula menjelaskan, ramai golongan B40 mengalami masalah penglihatan yang menjejaskan pekerjaan, namun tidak mendapatkan rawatan kerana kos yang membebankan.
“Kebiasaannya golongan ini tidak dapat melihat jelas untuk bekerja, sukar memandu kerana risiko keselamatan, terpaksa berhenti kerja kerana masalah penglihatan, menunggu rawatan yang entah bila dan sebagainya.
Ads
“Insya Allah, Yayasan Al Farhain ingin menamatkan penantian itu,” ujarnya.
Sementara itu, Datin Suraya Jusoh menyatakan sokongan terhadap penubuhan yayasan tersebut.
“Saya melihat langkah ini sebagai sinar baharu buat golongan B40 yang selama ini ada antara mereka terpinggir dari sudut rawatan kesihatan berkualiti.
“Ramai sebenarnya yang sedang menunggu. Ada yang tak mampu dan ramai yang tak tahu di mana nak dapatkan bantuan,” katanya.
Program tersebut yang menghimpunkan lebih 100 ahli PERISMA turut menampilkan sesi Bicara Wanita bersama DJ Lin, ceramah kesihatan bersama Dr Afif serta sambutan ulang tahun Suria FM ke-18.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Misteri kehilangan influencer dan penyanyi Austria, Stefanie Pieper, akhirnya terungkai apabila mayatnya ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian dan ditanam di kawasan hutan di Slovenia, selepas bekas teman lelakinya tampil membuat pengakuan kepada pihak berkuasa.
Stefanie, 31, dilaporkan hilang pada 23 November lalu selepas menghadiri sebuah pesta Krismas. Kehilangannya disedari apabila beliau tidak hadir ke sesi penggambaran kerja dan gagal dihubungi ahli keluarga, sekali gus mencetuskan laporan polis.
Siasatan awal membawa polis menahan bekas teman lelakinya, seorang lelaki warga Slovenia berusia 31 tahun yang dipercayai individu terakhir bersama mangsa.
Syak terhadap suspek bertambah apabila polis menemui keretanya terbakar di kawasan parkir sebuah kasino berhampiran sempadan Austria–Slovenia.
Suspek kemudian ditahan pihak berkuasa Slovenia sebelum diserahkan kepada polis Austria. Ketika disoal siasat, lelaki berkenaan akhirnya mengaku terlibat dan menunjukkan lokasi mayat Pieper disembunyikan.
Berpandukan maklumat itu, polis menemui beg pakaian berisi mayat mangsa yang ditanam di dalam sebuah hutan di Slovenia. Pemeriksaan awal forensik mendapati mangsa dipercayai maut akibat dicekik.
Dua lagi individu iaitu abang dan bapa tiri suspek turut ditahan kerana disyaki membantu melindungi suspek serta berpotensi menghalang siasatan, namun pembabitan mereka masih dalam siasatan lanjut.
Tragedi kejam ini turut mengundang kejutan besar dalam komuniti digital antarabangsa, memandangkan Pieper dikenali sebagai pempengaruh kecantikan dan penyanyi yang aktif berkongsi kandungan di media sosial.
Pihak berkuasa Austria dan Slovenia kini meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar serta melengkapkan kronologi pembunuhan itu sebelum pertuduhan rasmi difailkan terhadap suspek di mahkamah.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anak kepada penulis lirik terkenal, Lan Laga, iaitu Syailah Kamaruzaman muncul dengan sebuah kafe gaya hidup baharu yang semakin mencuri perhatian di Tamarind Square, Cyberjaya.
Dikenali sebagai Gisomo, kafe tersebut itu pastinya bakal jadi tumpuan ramai bermula daripada pelajar, pekerja kreatif dan golongan profesional muda yang menggemari suasana hijau serta tenang lokasi itu.
Pemata hati kepada Lan Laga atau nama sebenarnya, kepada Kamaruzaman Husain itu juga turut menerima Sijil Cap Dagangan daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), baru-baru ini yang sekali gus mengukuhkan identiti jenama tersebut di pasaran.
Menurut Syailah, nama Gisomo lahir daripada akar budaya keluarganya. Katanya, ia diinspirasikan daripada perkataan Gi Sokmo dalam dialek Kelantan dan Terengganu, iaitu negeri asal kedua ibu bapanya.
“Mak saya asal Kelantan manakala ayah pula saya orang Terengganu. Jadi sudah tentu sejak awal kami sudah didedahkan dengan pelbagai menu lazat dari Pantai Timur.
“Jadi dari situ terwujudlah nama Gisobu, dan akhirnya jadi Gisomo. Pada saya, ia satu nama yang unik tapi pada masa sama orang kita akan mudah untuk ingat,” jelasnya.
Perjalanan Gisomo bermula secara sederhana pada Ogos 2024 sebagai The Bru, sebuah cart kopi kecil yang bergerak di acara komuniti dan tepi jalan.
Sambutan yang tidak dijangka mendorong Syailah membuka ruang tetap yang lebih terancang dan mempunyai identiti visual tersendiri.
Kini, ia tampil sebagai kafe gaya hidup yang menggabungkan kopi berkualiti, ruang santai dan hidangan kreatif Melayu–Barat untuk komuniti Cyberjaya yang semakin berkembang.
Apa yang menjadikan kafe ini lebih istimewa ialah nilai sentimental yang terikat padanya. Kafe itu didedikasikan kepada arwah nenek, insan yang sangat rapat dengannya serta menjadi pendorong utama dalam perjalanan F&B.
“Hubungan kami cukup rapat dan arwah juga memang usahawan. Satu ayat yang saya pegang daripada dia sampai sekarang ialah ‘Never too late to start’. Pada usia 89 tahun pun, dia masih mengurus villa di Langkawi seorang diri.
“Malah dia juga aktif dan suka buat macam-macam, manik baju, hasil tangan… dia tak pernah berhenti pada usia emas. Arwah inspirasi dan jadi sebab kenapa saya masuk bidang ini,” ujarnya.
Ciri tradisi yang digabungkan dengan kreativiti jelas terserlah melalui pilihan hidangan di Gisomo. Antara tarikan utama ialah Tart Lompat Tikam yang diinspirasikan pencuci mulut Pantai Timur, selain Keropok Lekor dan Nasi Ulam yang menjadi antara menu signatur.
Kafe ini beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam, dan Syailah turut memperkenalkan dua minuman botol popular iaitu Gisomo Spanish Latte dan Gisomo Caramel Latte.
Melihat potensi yang semakin berkembang, anak bongsu ini turut merancang untuk membawa Gisomo ke tahap lebih tinggi pada masa akan datang dengan memperbanyakkan lokasi cawangan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju hiburan tanah air apabila menganjurkan pra-acara eksklusif ‘Hello Putrajaya’ sebagai pembuka tirai menuju Konsert Countdown KITA 2026.
Inisiatif ini dirangka khas untuk menghargai peminat setia sambil menghimpunkan barisan selebriti popular daripada pelbagai program hit Astro dalam sebuah konsert penuh energi dan interaksi langsung.
Acara ini dijangka mencuri tumpuan apabila puluhan selebriti turun bertemu peminat secara dekat. Ia juga menjadi medan memperkenalkan lebih awal barisan artis yang bakal menghangatkan pentas utama pada malam konsert hujung tahun itu nanti.
Hello Putrajaya bukan sekadar hiburan, tetapi ruang komuniti untuk peminat merasai sendiri nadi program-program yang mereka ikuti setiap minggu.
Antara nama besar yang bakal memeriahkan acara ini termasuk kumpulan Elite bersama kumpulan Mendua, Mark Adam, Nubhan, Iskandar Ismail dan Ruri Repvblik yang kini trending di Gegar Vaganza 12.
Kehadiran mereka sahaja sudah cukup menarik minat ramai yang tidak sabar menantikan persembahan hebat dengan lagu hit masing-masing dan sesi interaksi santai.
Turut tampil ialah Naqiu, Iaman dan Saputra daripada program The Chosen One XTRA, Mazleen yang baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Kilauan Emas 2025 serta barisan peserta Talk To My Manager seperti Auddra, Sharifah Shahirah, Amad dan Siti Sairah yang sememangnya dikenali dengan personaliti masing-masing yang mencuit hati.
Tidak berhenti di situ, kumpulan ALPHA (Big Stage Alpha), Zuana (Raise The Star Malaysia), Alvin Chong dan Nicole Lai (Astro Star Quest) serta V-Haara (Attam) turut bakal menggegarkan pentas.
Gabungan selebriti merentas genre dan generasi ini menjadikan Hello Putrajaya antara pra-acara paling besar dan berimpak sebelum kemunculan tahun baharu.
Showcase ini juga mengetengahkan elemen penghargaan peminat, sebuah peluang untuk mereka berinteraksi, bergambar, menyaksikan persembahan eksklusif dan merasai sendiri kehangatan bakat-bakat Astro dalam suasana santai dan dekat.
Ia selaras dengan komitmen Astro untuk mengukuhkan hubungan bersama komuniti hiburan yang menjadi asas sokongan setiap musim.
Lebih istimewa, Astro turut bekerjasama dengan VIU bagi menghadirkan sesi meet & greet drama fenomena Satu, Dua… Dia?, eksklusif untuk pelanggan melalui Astro Rewards. Peluang ini memberi peminat drama popular itu ruang bertemu bintang utama dalam sesi yang pastinya penuh kemeriahan dan keterujaan.
Hello Putrajaya akan berlangsung Sabtu ini, 6 Disember 2025, jam 2.00 petang di Symphony East 3, Aras G, IOI City Mall Putrajaya, sebagai pemanas suasana menjelang Konsert Countdown KITA 2026.
Dengan barisan selebriti yang hebat, aktiviti yang disusun rapi dan sokongan peminat yang tidak pernah lekang, acara ini dijangka menjadi antara highlight hiburan paling meriah hujung tahun ini.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...