Uncategorized

“Becoz I Believe Sex After Married,”- Wow Ini Rahsia Awet Muda Iqram Dinzly Ke?

Share

Pelakon, Iqram Dinzly memuat naik entri mengenai rahsia awet mudanya di laman Instagramnya, semalam.

Katanya, dia menyakini bahawa ‘sex after married’ adalah punca dirinya kelihatan muda daripada usia.

“Walaupun aku maseh #single & aku percaya dengan yakin #sexaftermarried, antara punca kemudaan aku terserlah walaupun tak hebat.

 

“Jauhkan diri dari #maksiat maka #musibat pun tergeliat nak mudarat kan #syariat | #takrikat | #makrifat , dan hakikatnya terpulang pada diri & #kolamjiwa yang tersirat,” tulisnya.

Dia kemudiannya memuat naik video berkaitan perkara itu saat disoal pereka fesyen, Ezuwan Ismail di laman instagramnya.

“Q: Why you so young ? [#terimakasih atas pengikhtirafan].

“A: Becoz i believe sex after married!

“G A P O bak kata @ezuwanismail! Hahahahahahaha,” kongsinya lagi

Mungkin tujuan Iqram hanyalah ingin bergurau namun ada juga terselit kata-kata nasihat di dalam kata-katanya itu. Apa-apapun, MH harap tiada pula yang salah faham ya!

Foto/Instgaram: Iqram Dinzly

IKLAN