Sejak kes kontroversi yang hangat diperkatakan, Afifah Nasir agak menyepikan diri dan tidak mengeluarkan sebarang statement baik di akhbar mahupun melalui akaun sosial medianya.
‘Kehilangannya’ ini membuatkan ramai pihak mula ‘memasang mata’ terhadap setiap tindak tanduknya.
Baru-baru ini, salah seorang netizen sedar dan mempersoalkan mengapa beberapa insta review artis ini dipadam serta merta.
“Did Afifah just lost 3 companies sponsorship; Clinique, Watsons and Pure Beauty? Cos their ad is missing on her IG now. Good company wouldn’t want to be associated with her bad publicity now,” tulisnya di ruangan status.
Sejak status ini dimuat naik, ramai juga turut berkongsi pandangan mereka dan sedar beberapa iklan di Instagram daripada beberapa jenama besar dipadam serta merta.
Sungguh pun begitu, ramai menganggap ini adalah sebahagian daripada balasan dan perkara yang perlu Afifah lalui setelah melakukan kesilapannya bersama Aliff.
Namun sejauh mana kebenarnya MH Online tidak dapat pastikan. Adakah benar beberapa jenama ini telah menarik semula perkhidmatannya sebagai model atau hanya sekadar kebetulan sahaja.
Sama-sama kita nantikan penjelasan dari pihak berkenaan. Jangan buat sebarang spekulasi sendiri ya…
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI