Uncategorized

Bayi Aktif, Shakilla Khoriri Hamil Anak Pertama

Share

Pelakon, Shakilla Khoriri dikhabarkan mengandung anak pertama bersama pasangannya yang merupakan penyampai radio Suria FM, Fizi Ali.

Perkara itu disahkan oleh Fizi menerusi laman Instagramnya, semalam.

“Tak tau nak cakap macam mana..perasaan gembira sedih semua ada …rasa macam baru semalam je kawin..tak lama lagi nak jadi bapak pulak.

 

“Alhamdulillah..tapi babyy ni active sgt macam mak dia,tak leh duk diam.@shakillakhoriri,” tulisnya.

Susulan itu, pasangan ini dihujani ucapan tahniah oleh para peminat mereka.

Terdahulu, Fizi dan Shakilla mula berkenalan ketika menjalani penggambaran telemovie Tuty Polkadot pada tahun 2012 lalu.

Mereka mengikat tali pertunangan pada Julai 2017 sebelum berkahwin pada Februari lalu. Apa-apapun, tahniah MH ucapkan pada pasangan ini!

Foto/Instagram: Shakilla Khoriri & Fizi Ali

IKLAN