Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui watak antagonis yang dibawa menerusi drama terbaharunya, Mandul Bukan Pilihan, memberikan impak yang cukup besar kepada kehidupan peribadi dan emosinya.

Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, dia hanya bersetuju menerima watak tersebut selepas diyakinkan oleh pengarah Osman Ali bahawa watak berkenaan bukanlah tipikal watak jahat seperti yang sering dipersembahkan dalam drama-drama lain.

Bawa Watak Jahat Dalam ‘Mandul Bukan Pilihan’, Ayda Jebat Minta Maaf Dulu – “Jangan Doa Yang Bukan-Bukan Untuk Saya.”

“Kalau boleh saya tak nak bercakap tentang watak saya. Sebenarnya saya suka watak Farah ini kerana ia bukan watak jahat yang biasa.

“Saya sendiri bagitahu kepada pengarah, jika watak ini sama seperti drama-drama lain, saya tidak akan terima watak ini. Namun, pengarah yakinkan saya bahawa watak ini berbeza.

“Saya perlu buat orang benci saya tapi pada masa sama, tindakan saya itu ada betulnya juga. Dia juga sebenarnya baik.

“Saya perlu jadi jahat, baik dan beremosi pada masa yang sama,” Ayda ketika ditemui di majlis sidang media Astro Home of Drama yang berlangsung di TGV, KLCC, pada Khamis.

Ads

Ujian Emosi & Permintaan Maaf Awal

Ayda turut berkongsi, mendukung watak sebagai Farah adalah cabaran besar kerana ia bertentangan dengan sifatnya yang sebenar.

Bawa Watak Jahat Dalam ‘Mandul Bukan Pilihan’, Ayda Jebat Minta Maaf Dulu – “Jangan Doa Yang Bukan-Bukan Untuk Saya.”

Katanya, dia banyak menonton dan menganalisis pelbagai drama serta mengaitkannya dengan isu-isu semasa bagi menjayakan karakter tersebut.

Bawa Watak Jahat Dalam ‘Mandul Bukan Pilihan’, Ayda Jebat Minta Maaf Dulu – “Jangan Doa Yang Bukan-Bukan Untuk Saya.”

“Saya tonton banyak drama dan gabungkan watak-watak yang bersesuaian. Saya juga banyak kaitkan dengan isu-isu semasa dan trending. Saya kaji perwatakan mereka.

Ads

“Sejujurnya watak ini memang susah. Bila ada adegan berat, selepas saya buat dan cakap sesuatu yang sangat kasar bagi saya, saya akan minta maaf kepada rakan pelakon itu.

“Malah, saya juga ada minta pengarah untuk buang babak kasar saya kerana saya rasa sangat sensitif. Namun, pengarah yakinkan saya bahawa watak seperti ini memang wujud di dunia nyata,” katanya lagi.

Sebagai langkah awal sebelum drama ditayangkan, Ayda turut tampil memohon agar penonton dapat membezakan antara watak dan dirinya yang sebenar.

Bawa Watak Jahat Dalam ‘Mandul Bukan Pilihan’, Ayda Jebat Minta Maaf Dulu – “Jangan Doa Yang Bukan-Bukan Untuk Saya.”

Ads

“Sebelum drama ini ditayangkan, saya ingin minta maaf dahulu kepada semua yang menonton. Saya tak kisah anda nak meriahkan ruangan komen tapi biarlah untuk watak Farah sahaja.

“Jangan babitkan Ayda Jebat, keluarga dan sesiapa sahaja yang ada di belakang saya. Watak ini memang sangat menguji kesabaran lebih-lebih lagi bila menyentuh isu sensitif.

“Janganlah doa yang bukan-bukan untuk saya. Apapun, saya sudah pun persiapkan mental. Namun, saya merasakan penonton masa kini sudah semakin bijak menilai watak,” jelasnya lagi.

Drama Mandul Bukan Pilihan akan menemui penonton bermula 14 Julai ini menerusi slot MegaDrama di Astro Ria dan Astro GO.

Selain Ayda, drama ini turut dibintangi Hun Haqeem, Mira Filzah, Normah Damanhuri dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI