Usahawan dan pempengaruh sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman memohon orang ramai agar mendoakan tahap kesihatannya ketika ini.
Perkongsian itu dibuat sendiri penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories pada malam Ahad.
Dalam hantaran sama, Sajat turut memohon maaf sekiranya pernah menyinggung mana-mana pihak.
“Kalau selama ni ada salah atau silap dari saya, saya mohon maaf. Sebab sekarang ni Sajat sendiri tengah diuji,” tulisnya.
Menurut Sajat, sudah hampir dua minggu dia berdepan pelbagai komplikasi kesihatan termasuk batuk yang menggangu pernafasannya.
“Hampir dua minggu batuk kering, makan pun muntah, badan tak menentu, hingus dan kahak tak berhenti.
Ads
“Kadang rasa kuat, kadang rasa hilang nafas. Sajat cuma minta satu, doa dari kalian. Batuk ini sakit sangat sampai buat hati luluh.
“Terima kasih kerana masih ada untuk Sajat,” kongsinya lagi.
Terbaring Di Hospital, Netizen Titip Doa
Sementara itu menerusi hantaran terbaharu, Sajat yang kini menetap di Australia dilihat terbaring di katil hospital, dipercayai sedang menunggu giliran rawatan.
Pelakon dan pelawak, Syaiful Zero berkongsi detik cemas apabila mendedahkan dirinya hampir lemas ketika membawakan watak duyung jantan, Hamlau di dalam filem Duyung: Lagenda Aurora.
Menurut Syaiful, watak ini sememangnya menguji ketahanan mental dan fizikal lebih-lebih lagi apabila terpaksa memakai kostum yang agak berat.
“Membawa watak Duyung ini memang sangat susah dan berat. Jika di darat, kostum Duyung itu beratnya mungkin dalam lima kilogram. Bila dalam air, beratnya seperti 25 kilogram.
“Ketika saya menjalani penggambaran di Pulau Paya, Langkawi, saya hampir lemas. Nasib baik ada pasukan penyelam penyelamat. Kalau tidak, tak tahulah apa nasib saya.
“Disebabkan insiden itu, penggambaran juga terpaksa berhenti seketika. Kulit saya pun banyak menggelupas,” katanya kepada MH.
Anggota kumpulan lawak Zero itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana Duyung: Lagenda Aurora, baru-baru ini.
Katanya lagi, meskipun dirinya sudah terbiasa dengan kehidupan di laut namun, dia terpaksa menyesuaikan diri untuk berenang dengan memakai kostum duyung.
“Kalau ikutkan, saya memang sudah terbiasa dengan situasi di laut. Kalau tak pakai kostum itu, saya boleh menyelam agak lama.
“Sebelum mula penggambaran, saya memang ada jalani latihan tapi tempohnya hanya sekejap sajaha. Latihan di kolam dan laut sangat berbeza. Di laut rasanya lebih berat.
“Walau apapun yang berlaku, saya tetap cuba menjayakan watak ini dengan baik untuk penonton dan peminat-peminat Zero,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Syaiful juga enggan mengambil pusing tanggapan segelintir pihak yang merasakan dia tidak layak untuk membawakan watak berkenaan.
“Bagi saya, mungkin ini memang sudah menjadi rezeki saya untuk dapat watak Hamlau ini. Saya tahu ramai juga pelakon yang mahukan watak ini.
“Mungkin pengarah mahukan pelakon yang memang asalnya hidup di tepi laut. Rumah kami memang di tepi pantai. Jadi, saya ada pengalaman yang luas di lautan.
“Lagipun, kumpulan Zero sudah lama bekerjasama dengan Prof. Razak. Rasanya sudah hampir lima tahun. Ini adalah filem kelima kami bersama,” kongsinya lagi.
Mengulas lanjut mengenai babak-babak aksi, Syaiful memaklumkan dirinya banyak mendapat tunjuk ajar daripada stuntman.
“Saya hanya mengikut koreografi yang telah ditetapkan oleh pengarah. Malah adegan-adegan aksi juga ada mendapat tunjuk ajar daripada stuntman.
“Dahulu saya ada belajar silat sikit-sikit,” akhirinya.
Filem Duyung: Lagenda Aurora sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh negra bermula semalam.
Selain Syaiful, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Anna Jobling, Maya Karin, Saiful Apek, Ayie Floor 88 dan ramai lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain pulangan keuntungan yang kurang memberansangkan, penyanyi, Shiha Zikir tidak menolak kemungkinan isu gangguan sihir turut menjadi antara faktor penutupan operasi restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di cawangan Seksyen 7, Shah Alam.
Menurut Shiha, sewaktu mengambil keputusan untuk terjun ke dunia perniagaan, dia sudah jangka akan pelbagai risiko dan cabaran yang mungkin bakal berlaku.
“Saya sebenarnya tak berani nak mengiyakan soal itu. Namun, bila kita berniaga, ini adalah antara perkara-perkara yang perlu kita hadap. Mahu atau tidak, perkara seperti itu memang wujud.
“Sebelum ini, ada sahaja hal-hal yang menimpa saya seperti masalah kesihatan dan tiada keinginan untuk datang ke kedai. Saya juga sudah berusaha untuk berjumpa dengan ustaz.
“Namun, saya tak boleh nak letakkan 100 peratus punca disebabkan masalah itu. Saya percaya segalanya berbalik kepada rezeki yang diberikan oleh Allah SWT,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Irama ini berkata sedemikian ketika ditemui pada sesi sidang media Anugerah Paling Viral Online di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur, baru-bru ini.
Sementara itu, Shiha mengakui dia juga kerap berdepan dengan situasi pelik sepanjang mengendalikan restorannya itu.
“Jika tuhan nak takdirkan saya terkena sihir, itu adalah rezeki untuk saya rasa sendiri pengalaman itu. Mungkin ini adat resam berniaga. Sebelum ini, saya hanya dengar cerita orang sahaja.
“Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, ada pelanggan yang nampak kedai saya tutup. Tukang hantar gas juga tak nampak kedai saya. Padahal kedai saya buka setiap hari.
“Saya juga kerap berjumpa benda-benda pelik dan mustahil berhampiran kedai. Duit syiling itu perkara biasa. Saya memang selalu nampak,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Shiha melihat dugaan yang dilalui ini sebagai satu pengajaran berharga yang akan mematangkan dirinya, khususnya dalam bidang perniagaan.
“Hal ini berlaku disebabkan kekurangan diri saya sendiri untuk menguruskan bisnes restoran. Mungkin saya perlu belajar lebih banyak ilmu berkaitan pengurusan, staf dan penyediaan makanan.
“Namun, saya anggap dugaan ini sebagai satu pengalaman yang berharga bila saya laluinya sendiri,” katanya lagi.
Jelas Shiha, dia kini sedang mengenal pasti lokasi yang lebih strategik bagi membuka cawangan baharu untuk restoran nasi ayamnya itu.
“Bila berniaga, kita kena berani ambil risiko.
Tak kisahlah sama ada dalam bidang f&b mahupun nyanyian. Lebih baik saya tutup dahulu daripada menanggung kerugian yang lebih besar.
“Dalam masa sama, saya kini sedang mencari lokasi lain yang lebih strategik untuk buka cawangan baharu,” akhirinya.
Pada Isnin lalu, Shiha mengumumkan cawangan restoran Shiha Zikir Nasi Ayam ditutup sepenuhnya selepas hampir dua tahun beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam.
Bagaimanapun, cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur masih beroperasi seperti biasa.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penganjur acara, Rayme Zainal mengumumkan Gema Raya Putrajaya 2026@PICC bakal melakar sejarah sebagai festival raya terbesar pertama yang dianjurkan di puncak tertinggi Putrajaya, dengan acara tersebut dijadualkan berlangsung pada Februari 2026.
Menurut Rayme, pemilihan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai lokasi utama adalah kerana bangunan ikonik itu bukan sahaja berteknologi tinggi, malah direka khusus bagi penganjuran acara berskala besar serta menawarkan fasiliti bertaraf antarabangsa.
Dia yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd. berkata, festival berkenaan dijangka memberi limpahan rantaian ekonomi dengan menyediakan lebih 300 peluang keusahawanan serta mewujudkan hampir 1,000 peluang pekerjaan, sekali gus mengangkat Putrajaya sebagai destinasi perayaan utama negara.
“Menjadi ruang pertemuan budaya, komuniti dan pelancongan, Gema Raya Putrajaya 2026@PICC bukan sekadar bazar tetapi turut mengangkat warisan negara menerusi busana kebaya dan batik Edisi Ramadan-Raya yang menjadi identiti seni tekstil negara.
“Dengan sokongan pelbagai rakan rasmi, sebagai penganjur acara, kami mahu menjadikan festival ini satu pengalaman bermakna dan berimpak untuk masyarakat danperusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) setiap kali menjelang Ramadan,” katanya.
Rayme sebelum ini pernah menyertai program realiti TV popular, All Together Now dan dikenali menerusi lagu-lagunya seperti Andai dan Close To You.
Festival ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 15 Februari depan hingga ke ambang malam 1 Syawal.
Ia dianjurkan bersama PULSE Group serta PULSE Event Management (PEM), selain turut menerima sokongan Pulse Grande Hotel Putrajaya sebagai hotel rasmi.
Sebelum ini, Raydiates Blue mencatat kejayaan besar menerusi penganjuran Anjung Syawal Putrajaya 2025 yang menarik lebih satu juta pengunjung dengan penyertaan 330 lot niaga, serta merekodkan jualan melebihi RM10 juta sepanjang 33 hari penganjuran.
Rayme menambah, bertemakan ‘Lebih Tinggi, Lebih Meriah, Lebih Raya’, festival berkenaan bakal menjadi antara acara utama yang menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026) dengan gabungan elemen kerohanian, seni budaya, gastronomi, hiburan dan keusahawanan dalam suasana puncak bukit yang unik.
Menurutnya juga, festival itu akan menampilkan lebih 300 usahawan meliputi sektor fesyen, tekstil, kraftangan, produk artisanal dan vendor gaya hidup, dengan tumpuan utama diberikan kepada zon gastronomi kendalian Grab & Go Cafe bersama kerjasama Anjung E.A.T.S.
E.A.T.S membawa maksud Experience, Appreciate, Taste & Share yang bakal menghimpunkan 20 usahawan menawarkan hidangan berbuka, moreh dan sahur dalam suasana ‘hilltop street food’.
“Turut menyerikan festival adalah program kerohanian seperti tazkirah dan solat terawih, persembahan seni budaya dan seni Islam, demonstrasi masakan, bengkel kraf, sesi ramah mesra selebriti, persembahan artis-artis terkenal serta konsert mini Syawal Showcase.
“Persembahan runway, paparan tekstil dan kolaborasi bersama artisan juga dijangka menjadi tumpuan utama pelancong dalam dan luar negara selain menampilkan inisiatif Infaq Ramadan dan kempen kemanusiaan The Pelita of Hope untuk bantuan kemanusiaan Palestin.
“Turut dirancang sambutan tradisi bersama komuniti dan pengunjung, Malam 7 Likur di mana pelita akan menerangi kawasan bukit sebagai simbol harapan dan perpaduan,” katanya lagi.
Sekitar 1,200 tapak parkir percuma dengan resit pembelian turut disediakan selain surau yang luas dan selesa mampu memuatkan sehingga 300 jemaah pada satu-satu masa bagi.
Maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai festival boleh diikuti menerusi media sosial rasmi mereka.
Sementara itu, PICC yang tersergam megah di atas bukit menawarkan pemandangan tasik yang indah berlatarbelakangkan Jambatan Seri Gemilang.
Idea rekaan bangunan di Presint 5, Putrajaya itu diilhamkan daripada bentuk ‘Pending Perak’, iaitu tali pinggang pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Bangunan PICC yang dibina bermula tahun 2001 dan siap sepenuhnya pada September 2003 meliputi kawasan seluas 135,000 meter persegi atau kira-kira 1.3 juta kaki persegi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!