Uncategorized

Baru Sahaja Dikeluarkan, Lagu Raya Fattah Amin Tersenarai Dalam iTunes Top 3 Tapi….

Share

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin berkongsi kegembiraannya apabila single raya sulungnya, Syawal Kali Ini tersenarai sebagai Top 3 itunes.

Menulis di laman Instagram miliknya, Fattah berharap agar orang ramai terus memberikan sokongan terhadap lagu tersebut.

“Alhamdulillah! #syawalkaliini terima kasih kepada anda semua kerana sekarang berada di Top 3 iTunes.

“Terima kasih kerana anda membeli dan ‘streaming’ lagu itu, semoga anda seronok mendengar lagu Syawal Kali Ini,” tulisnya.

Menerusi perkongsiannya juga melihatkan lagunya berada di tangga ketiga manakala lagu Syantik nyanyian Siti Badriah dan Fake Love oleh BTS mengungguli carta.

Meninjau ke ruangan komen, MH dapati nampaknya peminat lebih banyak memberikan respon terhadap lagu Fake Love nyanyian BTS berbanding lagu Fattah.

 

Selain itu, ada juga yang memberikan komen terhadap lagu Syantik.

Alahai, lain yang dikongsi…lain pula yang dilihat peminat. Tak apalah Fattah, asalkan lagu tersenarai dalam Top 3 iTunes.

Sumber & Foto :Instagram Fattah Amin

IKLAN