Hiburan

Baru Dua Bulan Nikah, Pelawak Boiyen Fail Cerai Terhadap Suami

Share

Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira dua bulan mendirikan rumah tangga.

Menurut laporan CNN Indonesia, permohonan cerai itu telah didaftarkan di Pengadilan Agama Tigaraksa pada 20 Januari lalu, sekali gus mencetuskan perhatian ramai memandangkan pasangan berkenaan baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 15 November 2025.

Difahamkan, prosiding sebutan pertama kes berkenaan telah berlangsung pada 27 Januari, namun butiran terperinci berkaitan punca perceraian masih belum didedahkan kepada umum. Pihak mahkamah setakat ini mengesahkan pendaftaran kes tersebut tanpa mengulas lanjut kandungan gugatan.

BACA JUGA: Nicole Kidman & Keith Urban Sah Bercerai Selepas 19 Tahun Bersama

Sementara itu, pihak Rully Anggi Akbar melalui wakil peguamnya memilih untuk tidak mengulas mengenai permohonan cerai berkenaan.

Media tempatan melaporkan tumpuan pihak peguam ketika ini lebih terarah kepada urusan undang-undang lain yang sedang dihadapi Rully, yang tidak berkaitan secara langsung dengan kes perceraian tersebut.

Perkembangan terbaharu ini mengejutkan peminat dan pengikut industri hiburan Indonesia, apatah lagi perkahwinan Boiyen sebelum ini dilihat berlangsung dalam suasana meriah serta mendapat liputan meluas media.

Bagaimanapun, sehingga kini Boiyen juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung keputusannya untuk menamatkan perkahwinan berkenaan. Kes berkenaan dijangka akan diteruskan dengan prosiding seterusnya dalam masa terdekat, bergantung kepada ketetapan pihak mahkamah.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Published by
MFA