Uncategorized

Baru Dapat Gelaran Datuk, Pelakon Ini Ditahan Kerana Tampar Polis & Tendang Orang Awam!

Share

Pergh bukan main ganas lagi MH baca berita ini. Dengar cerita seorang pelakon yang baru sahaja menerima gelaran Datuk telah ditahan polis kerana bertindak melampau apabila mengasari seorang anggota polis di tempat awam.

Melalui laporan Berita Harian, pelakon tersebut bukan sahaja menampar malah, pelakon tersebut turut menendang orang awam di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara Petaling Jaya.

Kejadian tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, kes ini kini sedang dijalankan mengikut seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis.

“Saya mengesahkan kejadian berkenaan. Ketika ini pelakon berusia 37 tahun terbabit masih berada di balai berkenaan. Kita tahan beliau untuk siasatan lanjut.

 

“Pihak polis juga akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti sama ada pelakon berkenaan berada di bawah pengaruh dadah atau tidak,” katanya kepada Berita Harian.

Kejadian berlaku apabila pelakon tersebut telah hadir ke balai polis untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya pada 1.20 tengah hari tadi.

SUMBER : Berita Harian

IKLAN