Uncategorized

Baru 24 Tahun Syafie Naswip Hadiahkan Ibu Sebiji Rumah Moden, Terbaiklah!

Share

Saat yang paling bermakna buat anak-anak apabila dapat memberikan ibu bapa sesuatu hasil penat-lelah mereka selama ini.

Terasa seperti dapat lah terbalas sedikit pengorbanan ibu bapa membesarkan kita kan?

Mungkin itulah yang dirasakan oleh Syafie Naswip apabila berjaya menghadiahkan ibunya sebuah rumah hasil titik peluhnya selama ini.

Perkara tersebut dikongsi oleh pelakon berusia 24 tahun itu menerusi video pendek yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Dengan lafaz Bismillah. Semoga ALLAH SWT merahmati segalanya. Alhamdulillah segala yang baik datang daripada ALLAH SWT.

“Berkat doa semua pihak dan dengan izin ALLAH SWT, maka terlahirnya utusan kecil untuk ibunda tercinta. Harap-harap si dia suka.

“Terima kasih buat semua yang hadir. Anda pelengkap hidup saya,” tulisnya di Instagram.

Melalui perkongsia video itu juga,kelihatan ibu Syafie sangat teruja hingga mengalirkan air mata gembira.

“Ini (rumah) untuk mak, hari ini buat ‘suprise’ untuk mak, 2 tahun simpan rahsia ini. Alhamdulillah, mak dapat rumah baru, hasil titik peluh kerja.

“Esok kita pindah ya mak, kita pujuk ayah pindah,” katanya menerusi video tersebut.

Sebak pula MH lihat video tersebut, sebagai anak tentu Syafie berasa bangga dapat menghadiahkan sesuatu yang bermakna buat ibunya.

sumber: IG Syafie Naswip

IKLAN