Terpahat satu momen indah sempena sambutan Hari Bapa apabila menerima kejutan daripada anak tersayang.
Awal Ashaari menerusi perkongsian di Instagram misalnya turut berkongsi perihalhadiah istimewa di bawah bantal, yang dilakukan anak tunggalnya, Lara Alana.
Kongsi Awal, walaupun ia hanyalah sekeping kad, namun usaha yang dilakukan si anak cukup berharga.
Malah pengacara popular ini turut mengatakan dia akan selamanya menjadi raja di hati sang puteri.
“Ifound this under my pillow lastnight.. It may be just a piece of paper, but to Daddy this means more than anything.
“To my only Princess, @laraalanaa yes I will forever be your king and let’s not talk about finding you a Prince because Daddy don’t like the sound of that now.
“Happy Fathers Day to all great Dad out there,” ucap Awal buat semua para bapa.
Mengakui gemar bergaya sewaktu bercinta semata-mata ingin kelihatan cantik di hadapan teman lelaki, namun semuanya berubah apabila sudah sah bergelar suami isteri.
Pelakon versatil Noorkhiriah mengakui dia lebih gemar memakai tudung sarung dan baju kelawar sahaj.a.
Gusar andai suami keliru penampilannya yang seperti tukang cuci, Noor Khiriah tidak menafikan yang kaum lelaki sukar untuk ditelah.
“Kkdg org llaki ni susah nak agak..dpt hok elok pn kena tinggai..hok huduh tktau lee..dema nak mende sbenornya..ce ingt balik masa akad nikah dulu..kemain pas sah kata tok kadi teresok2 menangis..hidup berumahtangga jgn pk indah mcm pelangi..pdhal sebenarnya ribut topan tornado puting beliung bpusing2 segala mcm ada..btw tkasih Cik Suami menerima diriku seadanya,nak baju raya sebulan pakai tak habis Pa.”
Hangat diperkatakan sejak lewat petang semalam apabila pelakon Ariff Aziz dan penerbit drama, Datuk A.Aida mengumumkan penceraian dengan talak satu.
Malah, A.Aida turut mendedahkan status bekas suaminya sebagai duda tiga hari sebelum mereka keduanya bernikah.
Jelas wanita berusia 49 tahun itu seperti yang dilaporkan media, meski terkejut akan status berkenaan (duda) pada awalnya, namun dia dapat menerima berita itu tanpa emosi.
Sementara itu, di Instagram Ariff pula, dilihat gambar yang dikongsikannya itu dihujani komen ‘nakal’ netizen khususnya kaum Hawa.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya