‘Banyak Kali Saya Tanya, Serius Ke?’- Izreen Azminda Tak Sangka Masih Diberi Kepercayaan Jadi Duta

Nama Izreen Azminda memang sering menjadi kecaman ramai sejak kontroversi yang melibatkan dirinya, suami, Ude Wahid dan juga bekas isteri Ude, Intan Liana Saleh sejak tahun lalu.

Malah Izreen juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kurang mendapat tawaran bekerja sejak kontroversi tersebut

Bagaimanapun, pelakon tersebut nyata bersyukur apabila diberikan peluang dan kepercayaan menjadi duta untuk produk M.A.C.F baru-baru ini.

IKLAN

“Banyak kali saya bertanya kepada pengasas produk, Kak Azura Baharudin,’betul ke nak ambil saya? saya ni banyak kontroversi’.

“Namun pihak mereka kata okey dan menyakinkan saya untuk menjadi duta mereka mengatakan bahawa pihak mereka hanya ambil yang positif dan buang perkara negatif.

“Alhamdulillah,mungkin kerana perkara ini orang dah lupa tentang isu tersebut dan tawaran pun dah masuk kembali,” katanya ketika sidang media pelancaran produk tersebut.

Terdahulu, Izreen dan Ude dilaporkan bernikah pada Ogos 2017 dalam sebuah majlis tertutup di Damansara.

Ude yang ketika itu merupakan suami kepada Intan Liana Saleh mempunyai dua orang cahaya mata bersamanya, Arish Muqri 4 tahun dan Areq Muqri, 2 tahun.

IKLAN

Kontroversi hebat melanda pasangan tersebut apabila Ude menceraikan Intan dengan talak satu pada 22 Mac lalu.

Izreen juga mempunyai seorang anak, Muhammad Adrian Umar, 5 tahun dengan perkahwinan terdahulunya, Muhammad Riza Baharuddin pada 2012 dan bercerai pada 2014.