Uncategorized

“Banyak Kabel Ni,” – Komen Netizen Bila Hairul Azreen Muat Naik Foto Berpakaian Uniform

Share

Lakonan Hairul Azreen dalam filem Paskal sememangnya mendapat pujian ramai, malah ada yang mengakui sudah menonton filem itu berkali-kali di pawagam.

Susulan itu, Hairul memuat naik foto terbaru di laman Instagramnya menunjukkan dia berpakaian uniform.

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang meninggalkan komen berjenaka kepada Hairul kerana ‘sering betukar-tukar kerja’.

Malah ada juga yang menuduh bapa kepada Yusuf Iskandar itu mempunyai banyak kabel kerana boleh ‘bertukar-tukar kerja’ dengan mudah.

Tidak kurang juga yang meminta agar Hairul membawakan watak sebagai tentera laut ataupun jururawat lelaki bagi melengkapkan portfolionya itu.

Alahai, ada-ada sahaja idea netizen ni kan? Apa-apapun, memang tidak dinafikan bahawa filem Paskal memang sangat best!

Foto/Instagram: Hairul Azreen

IKLAN