Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali merakamkan rasa terkejut dan teruja apabila akaun Instagram rasminya kini telah pun mempunyai lebih dua juta pengikut.
Perkara itu dikongsikan bintang ini menerusi Instagram pada Jumaat.
Pada masa sama, Nabila turut memberikan apresiasi para peminat yang mengikutinya perkembangannya menerusi media sosial.
Ads
“2M FOLLOWERS! Bangun tido je terus jerittt!!! I’m excited! This post is to let you guys know that I appreciate each & everyone of you!
“Thank you so much for walking this journey together with me. And for that i say Alhamdulillah.
Ads
“Now tell me korang start follow Bella TAHUN BILA?,” tulisnya.
Penyanyi, Siti Sarah ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Sarah kelihatan sedang mengajar cara-cara untuk membuat hidangan roti canai.
Di samping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin ini turut berkongsi cerita yang pernah dilalui ya dirinya sekeluarga ketika berlakunya kegawatan ekonomi di Malaysia pada tahun 1997.
“Masa gawat 1997 dulu , abah antara org yg kehilangan kerja .. untuk besarkan kami anak beranak , Roti canai ni lah yg abah jual untuk membesarkan kami ..,” tulisnya.
Malah, peminat juga turut bersetuju dengan kata-kata nasihat yang disampaikan oleh penyanyi berusia 35 tahun ini.
Untuk rekod, Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raisuddin mendirikan rumah tangga bersama pelawak, Shuib pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Video: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Abby Abadi ada berkongsi foto suaminya, Muhammad Faizal yang dirakam sedang bermesra dengan bayi terbaru yang dijaga mereka, Maira Darda Farisa yang baru mencecah usia lebih seminggu.
Kongsi bintang Gerak Khas ini, kehadiran permata hati itu merupakan sesuatu yang di luar dari perancangan mereka sekeluarga.
Malah jelasnya lagi, sang suami pada awalnya agak berat untuk mengambil tanggungjawab baru, dipercayai untuk mengambil Darda sebagai anak mereka.
Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada rezeki dariNya.
“Abah & Darda. Kehadiran Darda luar dari perancangan. Takde persediaan langsung.
“Abah pun memula cam berat je. Nak pikul amanah & tanggungjawab baru (rajin nanti Sy cerita ye). Ingat last dah @daiyandayana.
“Tapi bila ALLAH dah tulis rezeki kami. Tetap jadi rezeki kami. Alhamdullillah.
“Jadi ada sesiapa nk bagi hadiah tak? Darda takde baju cantik2 ni. Semua Mama dah bg org haritu. Ke buleh shopping Online? Info pease,” pinta Abby.
Terdahulu, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Abby dan suami sebelum ini pernah berkongsi berita sedih apabila anak mereka, Muhammad Danial Firman atau Baby D yang dilahirkan dengan berat 535 gram pada 27 September tahun lalu meninggal dunia.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...