Pelakon, Datin Niena Baharun mendedahkan perkembangan anak sulungnya, Adiel Mikael yang kini sudah mencecah usia 3 tahun.
Kongsinya menerusi satu hantaran di akaun Instagram, Niena memberitahu anak lelakinya itu sangat gemar membaca ayat suci Al-Quran setiap pagi.
“Bangun pagi mesti cari Al-Quran @ buku Yasin. Dah jadi macam fav mainan dia, kemana-mana mesti kena bawak,” tulisnya ringkas.
Ads
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku ini meluahkan rasa syukur kerana Adiel kini juga dilihat kian lancar membaca surah meski masih belum fasih bertutur dengan baik.
Ads
“Walaupun Adiel baru masuk 3 tahun dan masih belum lancar untuk bercakap, tapi kami perasan bab mengaji laju je dia boleh pickup. Kadang setiap kekurangan, pasti ada kelebihan. Anugerah Allah,” kongsi Niena lagi.
Sekadar informasi, Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun telah pun mendirikan rumah tangga bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada tanggal 1 Februari 2018.
Ads
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Adiel Mikail,3 dan Alyssa Marissa, setahun.
Foto: Instagram Niena Baharun
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas berjaya menumpaskan Dr. Carlton Drake yang juga merupakan peneraju bagi syarikat Life Foundation, kini adiwira anti-hero itu kembali lagi menerusi filem yang terbaru yang berjudul Venom: Let There Be Carnage.
Kini, Tom Hardy yang membawa watak sebagai Eddie Brock harus membiasakan dirinya untuk hidup bersama parasit simbiotik, Venom di dalam tubuhnya.
Namun, ada kalanya Eddie merasakan Venom seperti penghalang baginya untuk menjalani kehidupan secara manusia normal lebih-lebih lagi untuk membina semula kerjayanya sebagai seorang wartawan yang disegani.
Vemon juga kini memberontak untuk meminta Eddie membenarkannya untuk memakan orang-orang jahat selain daripada coklat dan ayam.
Jiwanya menjadi bertambah kacau apabila bekas kekasihnya, Anne Weying memutuskan untuk berkahwin dengan teman lekakinya Dr. Dan Lewis.
Pada permulaannya, filem ini membawa kita semula ke tahun 1996 untuk memperkenalkan watak pembunuh bersiri, Cletus Kasady yang dibawakan oleh aktor popular, Woody Harrelson.
Kasady merupakan anak yatim yang tinggal di rumah asuhan St. Estes Home. Ketika usia remaja, Kasady telah berjumpa dengan kekasih hatinya, Frances Barrison yang juga merupakan penghuni rumah tersebut.
Frances Barrison seorang gadis yang mempunyai kuasa menghasil gelombang bunyi untuk mempertahankan dirinya.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak rumah asuhan tersebut memutuskan untuk memindahkan Barrison ke sebuah pusat tahanan yang lebih selamat. Perkara tersebut nyata membuatkan Kasady berasa sedih dan marah.
Ketika ini, Kasady telah pun dijatuhkan hukuman mati dek kerana pembunuhan bersiri yang dilakukannya sebelum ini.
Pihak polis meminta bantuan daripada Brock untuk bercakap dengan Kasady memandang mereka pernah bertemu sebelum ini.
Sewaktu perjumpaan tersebut, Venom menemukan petunjuk mengenai mangsa-mangsa yang telah dibunuh oleh Kasady yang mampu mengembalikan reputasi Eddie.
Ketika perjumpaan kali terakhir, terdapat insiden pergelutan yang berlaku disebabkan provokasi yang dibuat oleh Kasady terhadap Eddie.
Bermula daripada insiden tersebut, Eddie dan Venom terpaksa berhadapan pula dengan raksaksa simbiotik merah yang dikenali sebagai, Carnage.
Mampukah Eddie dan Venom mengenepikan perbalahan mereka dan seterusnya menghentikan keganasan yang dilakukan oleh Carnage.
Ingin tahu mengenai kesudahannya, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Venom: Let There Be Carnage di pawagam berhampiran anda bermula 11 November ini.
Btw, jangan lupa tonton ‘end credit’ di penghujung filem ini tau. Ada maklumat penting yang anda kena tahu. Jangan kata MH tak bagitahu pula ya…
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Adam Corrie berharap agar semua pihak tidak membuat sebarang andaian melulu sebaliknya menghormati cara masyrakat Cina yang makan dengan menggunakan chop stick.
Jelas Adam, memang sudah menjadi kebiasaan buat masyarakat Cina untuk merapatkan mangkuk ke bahagian mulut agar makanan mereka tidak mudah tumpah.
“AMBIL YANG POSITIF. Hidup berbilang kaum. Memang begini cara orang cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk.
“Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna chop stick laju-laju supaya nasi tak tumpah. Bukan sebab gelojoh,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, KL Gangster ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut menepis tanggapan segelintir pihak yang mendakwa makan menggunakan chop stick adalah haram di sisi agama Islam.
“Kalau nasi dalam pinggan saya guna tangan sahaja makan. Sebab makan di restoren Cina Muslim, dah siap bagi Nasi Kukus Ayam Halia dalam mangkuk.
“Apa lagi makan pakai chopstick la, budaya bangsa sendiri.
“Makan guna chop stick tak haram ye. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai chop stick. Haram katanya.
“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan pandangan yang sama selain turut berharap agar perspektif segelintir masyarakat mengenai makan menggunakan chop stick dapt diubah.
“Seronok tengok oramg Cina makan macam ni. Nampak berselera sangat. Pernah try buat tapi tak jadi.
“Saya pun suka makan macam tu. Puas rasanya. Kalau orang kata gelojoh, lantak la. Sedap apa makan macam tu. Ada nikmatnya.
“Lain bangsa lain caranya. Asal tak bercanggah dengan agama takda hal,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Adam telah memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada 2008.
Sumber: Instagram Adam Corrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Artis versatil, Zulin Aziz menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran kekasihnya, Farhan Norzaini yang ke-34.
Menerusi dedikasi tersebut, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz turut mendoakan yang baik-baik selain turut mendedahkan keperibadian si dia.
Jelasnya, Farhan disifatkan sebagai lelaki sangat bertanggungjawab, tegas serta penyayang.
“Happy birthday baby @farhannorzaini. Dia sangat bertanggungjawab dengan family. Sentiasa kerja keras demi bahagiakan kami.
“Dia tegas! Bagus juga, Zulin kan kepala batu. Tapi dia sangat penyayang. Dia jaga kita sedaya dia. Tak pernah berkira kudrat, duit. Ya Allah limpahkan rezeki buatnya ya Allah,” tulis Zulin menerusi satu perkongsian di Instagram.
Lebih menarik, bintang berusia 31 tahun itu memberitahu juga memiliki beberapa hobi serta minat yang sama.
“Kami banyak share hobi yang sama. Suka makan makanan yang sama. Boleh buat banyak benda sama-sama.
“I doakan semoga u sentiasa dalam lindungan Allah SWT, diberi kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Doakan kami yaa Happy 34th birthday love! 9 November 1987,” tulisnya lagi.
Pelakon, Kamal Adli menyifatkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pastinya berbeza selepas dia dan bekas isterinya yang juga aktres, Uqasha Senrose...