Ads

“Bangga Melihat Anak-Anak Ini,” – PU Riz, Izzah Anuar Santuni Warga PPR & Edar Juadah Berbuka, Dakwah Santai ‘Sambung Ayat’ Al-Quran Jadi Sorotan

Pendakwah selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail yang juga memegang mandat sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyantuni penduduk di kawasan Perumahan Rakyat (PPR), baru-baru ini bagi menghulurkan sumbangan serta menyemarakkan syiar Islam melalui pelbagai aktiviti interaktif.

Kekal meneruskan aktiviti bermanfaat dalam lapangan masyarakat sehingga kini, siri jelajah kebajikan itu berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah, menyaksikan PU Riz bukan sekadar hadir sebagai pimpinan politik, tetapi lebih kepada pendidik kepada komuniti setempat.

Program berkenaan turut dihadiri Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersama barisan kepimpinan parti yang teruja untuk sama-sama turun padang menyantuni penduduk.

“Sayu dan amat bangga melihat anak-anak di PPR Ampang Hilir dan beberapa warga emas yang sangat baik bacaan Quran mereka. Alhamdulillah,” kongsi PU Riz melalui hantaran video terbaharu di Instagram.

Difahamkan, tujuan utama siri bantuan kali ini adalah bagi meringankan beban golongan asnaf dan B40 melalui pengagihan juadah berbuka serta keperluan asas.

Dakwah Santai Dekati Komuniti

Dalam pada itu, menerusi video yang dimuat naik, PU Riz yang juga suami kepada selebriti dan usahawan berjaya, Neelofa dilihat kreatif menggunakan pendekatan dakwah dalam suasana santai.

Ads

Sesi ‘sambung ayat’ Al-Quran tampak berkesan apabila golongan kanak-kanak dan warga emas saling bersemangat dan teruja ambil cabaran menyambung bacaan ayat suci daripada surah-surah lazim.

“Kita mahu masyarakat bukan sahaja melihat Al-Quran sebagai naskah di rak, tetapi sebagai sesuatu yang hidup dalam sanubari.

“Dengan memberi ganjaran tunai kepada mereka yang berjaya menyambung ayat, ia merupakan satu bentuk galakan dan penghargaan atas usaha mereka menjaga hafalan,” katanya.

Riz juga sempat memberikan kata-kata semangat serta saguhati kepada mereka yang berani tampil ke hadapan, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran positif di kawasan perumahan tersebut.

Ads

“Bangga Melihat Anak-Anak Ini,” – PU Riz, Izzah Anuar Santuni Warga PPR & Edar Juadah Berbuka, Dakwah Santai ‘Sambung Ayat’ Al-Quran Jadi Sorotan “Bangga Melihat Anak-Anak Ini,” – PU Riz, Izzah Anuar Santuni Warga PPR & Edar Juadah Berbuka, Dakwah Santai ‘Sambung Ayat’ Al-Quran Jadi Sorotan

“Bangga Melihat Anak-Anak Ini,” – PU Riz, Izzah Anuar Santuni Warga PPR & Edar Juadah Berbuka, Dakwah Santai ‘Sambung Ayat’ Al-Quran Jadi Sorotan

“Bangga Melihat Anak-Anak Ini,” – PU Riz, Izzah Anuar Santuni Warga PPR & Edar Juadah Berbuka, Dakwah Santai ‘Sambung Ayat’ Al-Quran Jadi Sorotan “Bangga Melihat Anak-Anak Ini,” – PU Riz, Izzah Anuar Santuni Warga PPR & Edar Juadah Berbuka, Dakwah Santai ‘Sambung Ayat’ Al-Quran Jadi Sorotan

Bantuan Ringankan Beban

Dalam pada itu, kehadiran PU Riz turut ditemani beberapa pimpinan tempatan serta sukarelawan Biro Agama PKR.

Ads

Pendekatan turun padang seperti ini menerima reaksi baik penduduk dan ia sangat dialu-alukan kerana mampu merapatkan jurang antara pemimpin dan rakyat, di samping memberi peluang kepada masyarakat untuk berinteraksi secara terus mengenai isu-isu berkaitan kerohanian dan kebajikan.

Malah pelantikan PU Riz sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama PKR disifatkan sebagai langkah strategik untuk mendekati golongan muda serta masyarakat bandar melalui pendekatan dakwah yang lebih kontemporari.

Malah Riz turut optimis untuk terus memberi fokus kepada pembangunan modal insan dan kebajikan sosial bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada menerima manfaat serta bimbingan berkaitan soal agama.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Waktu Kecil, Kadang Kita Tak Faham Pengorbanan Ibu Bapa, Hanya Fikir...

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi D’Herbs Holdings mempersembahkan Brandfilm Raya 2026 bertajuk ‘Ya, Abah Saya Security’.
error: Hello. Cannot.