Sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0), aktress Fasha Sandha dilihat mengisi masa dengan melakukan dekorasi bilik anak serta kucing peliharaannya.
Malah, Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan turut meluahkan rasa gembira kerana berpeluang untuk melakukan dekorasi tersebut sebelum kembali aktif di set penggambaran.
“Project PKP 2.0 Alhamdulillah bangga dapat buat sendiri semuanya Penat tapi berbaloi.
“Dapat siapkan bilik anak2 dan bilik kucing2. Now masa untuk fokus pada pengambaran drama terbaru.
Ads
“Jom siapa yang di rumah tapi takde idea nak buat apa, boleh ikut kami. #iburayfalrayshaaisha #iburayfalraysha,” tulisnya.
Ads
Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, bintang drama bersiri Semua Salahku ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Ads
Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Yesterday was a Hijab Day? I tak tahu. I hope it’s not too late. Happy Hijab Day Ladiesssss!
“Let me share a bit about my hijrah since ada yang tanya KENAPA IKA BERHIJAB? Lillahitaala kerana Dia.
“My biggest motivation is my son @muhammadnoahzayn bukan bermaksud yang lain2 tidak but looking at him buat I tergesa gesa utk berubah jadi individu yang lebih baik dari semua segi, sejak belum punya zuriat lagi.
“I’ve always imagine my self hantar anak ke sekolah dgn imej yang berbeza, tutup aurat dgn sempurna, perwatakan yang jauh lebih menyenangkan.
“I nak the moment Noah Zayn ada memory, I’ll be his best memory, someone close as a role model whenever he make his life choices & yes he changed me a lot dan of course my syurga @zaidbowie,” tulisnya.
Kongsi Ika, suaminya, Muhammad Zaid juga tidak pernah membangkitkan soal berhijab, namun cara lelaki berkenaan yang mendidik adik-beradik membuatkan dirinya rasa segan dan terasa hati.
“No! He never force me to wear tudung tak pernah sekali pun bangkitkan soal hijab but, everytime dia pass kan tudung to his siblings bila ada ipar dlm rumah buat I terasa hati sebab biar I awkward sorang2 because I’m the only one yang free hair in our family. Both families!
“Pergi mana2 I sorang je bogel & he keep saying I’m the most beautiful person he ever known. I segan.. dia sentiasa puji I from day 1 kami bercinta. Dia buat I percaya yg I cantik & I thought of keeping it only for himz
“Ayah too…he is the first person I mintak ampun bila I berhijab, sepatutnya dari dulu lagi. Mohon doakan I sentiasa diberi hidayah & kekal istiqomah please? Your doa means a lot to me,” tulisnya lagi.
Selain suami, perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada pada pengikutnya di Instagram dan ada reaksi yang diberikan itu mendapat respon Ika sendiri.
Untuk rekod, Ika mulai berhijab pada November tahun lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Foto: Instagram Ika Nabella
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, perkhidmatan penstriman media, Over The Top (OTT) bukan sahaja memudahkan akses bagi penonton menikmati filem, muzik, drama dan pelbagai kandungan digital, malah harga berpatutan ditawarkan merangkumi penggunaan lebih meluas.
Apatah lagi, dengan kekangan pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan, ramai yang memilih hiburan di hujung jari sahaja.
Lalu, telefon bimbit yang mempunyai akses internet boleh menstrim filem dan pelbagai kandungan digital di mana sahaja.
Mengambil peluang pada masa yang tepat, Mbits Digital Sdn Bhd memperkenalkan saluran Popcorn menerusi PLAY yang juga platform penyiaran digital tele-virtual OTT pertama dalam industri penyiaran di Malaysia.
Seperti aplikasi digital lain, PLAY boleh dimuat turun menerusi laman web, PLAY, Apple, Huawei dan Google Store.
Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Mbits Digital, Saraleana Nattaya Azmi, berkata, perbezaan PLAY dan penyiaran lain di Malaysia adalah kemudahan akses kepada kandungan digital, filem, muzik dan drama yang disediakan.
“PLAY adalah penyiaran digital baharu dan secara teknikalnya, PLAY seperti stesen televisyen (TV), cuma bezanya kami memilih platform penyiaran digital bukan penyiaran secara satelit.
“Kalau mahu membayangkan aplikasi digital yang sedia ada, ia seperti gabungan stesen TV, Netflix dn Spotify disebabkan kepelbagaian kandungan yang disediakan,” katanya.
Turut serta pada sesi pelancarannya ialah pengasas bersama yang juga Ketua Pegawai Strategik Mbits Digital, CL Hor dan Ketua PLAY, Ian Chin.
Dari segi jenis kandungan, Saraleana berkata, pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan seperti Video On Demand, muzik, konsert secara langsung, saluran pengeluar kandungan tempatan dan antarabangsa.
Semua ini boleh didapati pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui pelbagai jenis peranti.
“Tidak hanya filem, drama bersiri dan sebagainya, PLAY membolehkan pendengar menikmati senarai muzik dan podcast tempatan dengan memasangkan ke mana-mana peranti.
“Istimewanya, PLAY menampilkan pelbagai saluran berita tempatan dan antarabangsa, termasuk siaran langsung saluran sukan seperti bola sepak, perlumbaan kuda, games dan banyak lagi.
“Sehingga kini, pengguna PLAY boleh menonton drama K-Pop dan Asia yang menyediakan lebih 8,000 jam tontonan dengan pelbagai drama dan filem menarik,” katanya.
Malah memetik Berita Harian, PLAY turut memberi manfaat buat pengeluar kandungan bagi menjana pendapatan dengan menawarkan kandungan percuma untuk ditonton, bayar setiap kali menonton dan koleksi yang ditonton.
“PLAY dibina untuk produser kandungan sebab kami mempunyai elemen seperti panggung wayang. Kita sedia tahu karya tempatan perlu bersaing dengan filem antarabangsa untuk satu tempoh tayangan. Disebabkan itu, kebanyakan produser beralih kepada pawagam di rumah.
“Sekiranya produser mempunyai karya, mereka boleh menayangkannya menerusi PLAY.
“Caj seperti panggung wayang dikenakan, tetapi tayangannya diberi tempoh selama setahun. Ini adalah inisiatif PLAY untuk memberi manfaat kepada produser.
“Selain itu, kami memperkenalkan sistem PLAY Tiket iaitu konsep baharu yang membolehkan penonton membayar setiap kandungan seolah-olah membeli tiket di panggung wayang,” katanya.
Lebih menarik, PLAY membina platform Popcorn kerana mahu menyokong pengeluar kandungan tempatan dengan menawarkan tingkap digital ke dunia global. PLAY sudah memiliki 16 rakan strategi platform digital pelbagai pilihan di seluruh dunia.
Menerusi platfom Popcorn, katanya, ia boleh mempamerkan pelbagai budaya, bahasa, warisan, seni dan hiburan di Malaysia tanpa perlu membayar kos yang tinggi untuk memiliki platform atau saluran sendiri.
Saraleana berkata, usaha berkenaan dilakukan bagi mengembangkan kandungan tempatan ke peringkat global. PLAY boleh dijadikan landasan untuk mengangkat karya tempatan ke luar negara.
“Dunia tanpa sempadan melalui platform digital. Mengapa kita sebagai rakyat Malaysia harus ketinggalan zaman dan hanya bergantung pada platform digital antarabangsa?
“Sebagai penyiar tempatan, kita harus berkembang dan menyesuaikan diri dengan trend global ke arah digital. Inilah sebabnya kami memajukan PLAY.
“PLAY akan mempamerkan dan mengembangkan kandungan Malaysia ke seluruh dunia. Ia disesuaikan dengan keperluan digital yang semakin meningkat.
“Amat bermanfaat bagi pengguna dan pengeluar kandungan mempunyai platform alternatif untuk menikmati kandungan dan menjana pendapatan pada peringkat antarabangsa.
“Kami mahu menjadikan PLAY sebagai platform glokal untuk mempamerkan kandungan Malaysia dan Asia ke seluruh dunia. Kisah budaya dan warisan lebih baik diceritakan oleh kita sendiri,” katanya lagi.
Meski PLAY turut menawarkan pengguna pelbagai kandungan antarabangsa, Saraleana menjelaskan, platform itu lebih fokus kepada kandungan tempatan dan Asia, selaras dengan usaha mengangkat karya tempatan.
Justeru, katanya, bagi menggalakkan orang ramai merasai pengalaman berhibur di hujung jari, PLAY memberi pengguna akses percuma selama tiga bulan, sejak awal bulan ini.
“Selepas tiga bulan, pengguna perlu melanggan dengan hanya bayaran RM5 sebulan untuk mengakses semua kandungan termasuk kandungan premium terpilih. Kandungan premium lain tertakluk kepada pilihan pengguna untuk melanggan dan menikmati.
“PLAY bukan sahaja platform penyiaran, malah ia adalah penyiaran OTT tele-virtual digital yang memberikan pengalaman hiburan tanpa henti dengan harga berpatutan.
“Pendaftaran PLAY semudah pengisian borang digital menerusi aplikasi berkenaan dan seterusnya, membuat pilihan tiket dan pelan yang disukai,” katanya yang turut mendasarkan lebih 100,000 pengguna dalam tempoh enam bulan akan datang.
Lalu, PLAY diharap dapat menarik orang ramai menggunakan penyiaran digital tele-virtual dalam satu platform.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Zul Yahya mengakui dirinya punyai sebab yang tersendiri mengapa dia memutuskan untuk memberhentikan anak-anaknya daripada menyertai sesi persekolahan.
Jelas Zul, dia bukanlah tidak mengambil berat mengenai masa hadapan anak-anaknya itu tetapi dia lebih suka jika mereka lebih berjaya di akhirat nanti.
“Kami ibu bapa berhentikan anak-anak kami dari sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka tapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di akhirat kelak InsyaAllah.
“Ilmu akhirat tu lebih penting dari segala-segala ilmu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, MX3 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Zul turut menyifatkan ilmu akhirat sebagai ilmu yang paling penting jika ingin dibandingkan dengan yang lain.
Entri berkenaan nyata mengundang perhatian daripada ramai pihak malah, mereka turut meninggalkan reaksi pelbagai di ruangan komen.
Sebelum ini, nama Zul juga pernah hangat diperkatakan selepas dia dilihat secara terbuka mempertikai prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi memerangi pendemik Covid-19.
Sumber: Instagram Zul Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...