Pusat tuisyen terkenal PTTI meneruskan misi membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila berjaya menghimpunkan lebih 4,000 calon SPM menerusi program PTTI Jelajah Skor A+ SPM Sabah yang berlangsung di ITCC Penampang, Sabah, pada 16 Ogos lalu.
Program padat ilmu ini semakin bermakna apabila turut dihadiri Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta usahawan dan figura inspirasi Asyraf Khalid, yang sama-sama memberikan suntikan motivasi kepada para pelajar.
Kehadiran mereka membuktikan kepentingan usaha kolektif dalam membangunkan generasi muda berilmu dan berdaya saing.
Lebih menarik, program ini turut dimeriahkan dengan persembahan khas oleh MK K-Clique dan Bella Astillah, anak jati Sabah yang menjadi idola ramai dengan berkongsi pengalaman serta semangat buat adik-adik calon SPM.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Fana, penganjuran ini adalah sebahagian daripada komitmen PTTI dalam memastikan pelajar SPM di seluruh Malaysia mendapat bimbingan terbaik menjelang peperiksaan penting mereka.
“Kami di PTTI percaya bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk cemerlang. Kehadiran lebih 4,000 pelajar di Sabah adalah bukti bahawa anak-anak kita dahagakan ilmu dan motivasi.
“Dengan adanya sokongan daripada semua pihak, kami mahu pelajar sedar bahawa masa depan mereka cerah jika mereka berusaha bersungguh-sungguh.
Ads
“Kehadiran YB Syed Saddiq, Asyraf Khalid, MK K-Clique dan Bella Astillah bukan sahaja memecah kebosanan belajar, malah membuktikan bahawa kejayaan boleh dicapai dalam pelbagai bidang.
“Kami berharap para pelajar di Sabah pulang dengan semangat baharu dan keyakinan diri yang lebih tinggi,” katanya.
Bella & Syed Saddiq Suntik Semangat Anak Muda
Dalam ucapannya, Syed Saddiq menekankan betapa pentingnya usaha dan disiplin dalam mencapai kejayaan akademik.
Ads
“Hari ini saya melihat ribuan pelajar di Sabah yang hadir dengan semangat luar biasa. Ingatlah, kejayaan bukan tentang siapa yang paling bijak, tetapi siapa yang paling konsisten berusaha.
“Anda semua adalah harapan besar negara, dan saya percaya Sabah akan melahirkan ramai pelajar cemerlang,” katanya.
Bagi penyanyi dan pelakon Bella Astillah, dia turut berkongsi rasa terharu apabila melihat sambutan hangat daripada anak-anak muda negeri kelahirannya.
“Saya bangga dapat bersama adik-adik di Sabah. Sebagai orang Sabah, saya tahu betapa pentingnya pendidikan untuk mengubah masa depan.
Ads
“Saya doakan semua calon SPM terus kuat berusaha dan jadikan kejayaan ini hadiah untuk diri sendiri dan keluarga,” katanyq.
Dengan kehadiran ribuan pelajar, tenaga pengajar berpengalaman, serta sokongan pelbagai pihak, PTTI terus membuktikan kedudukannya sebagai institusi pendidikan berasaskan teknologi yang berwibawa dalam membentuk kecemerlangan akademik generasi muda negara.
Meneruskan usaha membantu pelajar di seluruh negara, PTTI turut melancarkan Seminar Shortcut Last Minute SPMsecara percuma.
Program ini akan diadakan secara dalam talian pada 27 hingga 30 Ogos dan terbuka kepada semua calon SPM di Malaysia.
Pelajar yang berminat boleh mendaftar di laman web rasmi PTTI.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Konsert minggu separuh akhir Raise The Star Malaysia (RTSMY) menyaksikan kesemua 10 peserta bagai ‘ditiup’ semangat baharu apabila masing-masing berjaya menampilkan persembahan memukau menerusi tugasan ‘mashup’ dan ‘battle’.
Paling membanggakan apabila kesemua mereka berjaya memperoleh lima markah penuh daripada para juri ketika tugasan pertama.
Lantaran itu, pihak juri bersepakat untuk tidak melakukan penyingkiran, sekaligus menyaksikan 10 finalis bakal berentap di konsert akhir RTSMY, Ahad depan.
Menurut Ajai, pihak juri teruja dengan pretasi baik yang ditunjukkan peserta yang secara tidak langsung telah menyukarkan lagi proses penjurian.
“Hari ini bagaikan hari ‘maruah’ mereka. Kesemua 10 peserta berjaya memberikan persembahan terbaik.
“Mereka nampak selesa, puas dan tidak gementar. Jadi, apabila pihak juri berbincang, kami merasakan kesemua 10 peserta ini memang sepatutnya melangkah ke pentas akhir.
“Malam ini, mereka buat kami rasa bukan seperti hari pertandingan sebaliknya ibarat menonton konsert mereka sendiri. Mereka langsung tidak memikirkan ketakutan. Nampak kepuasan di wajah mereka,” katanya.
Ajai berkata sedemikian ketika ditemui selepas berakhir konsert separuh akhir RTSMY yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam, pada Ahad.
Sementara itu, seorang lagi juri, Aina Abdul turut memuji pihak produksi RTSMY kerana berjaya menemukan bakat-bakat baharu untuk digilap menjadi penyanyi hebat di negara ini.
“Saya sangat berpuas hati dan bangga dengan kesemua peserta malam ini. Tidak keterlaluan untuk saya katakan RTSMY merupakan antara program yang berjaya menemukan bakat terbaik di negara ini.
“Tahniah diucapkan untuk semua pihak yang terlibat dalam mencari bakat-bakat baharu ini. Mereka adalah yang terbaik diantara yang terbaik,” katanya.
Malah, ketika tugasan ‘battle’, para juri turut memberikan pujian kepada kesemua lima pasangan kerana berjaya mencipta keserasian menerusi kekuatan vokal masing-masing.
Malah malam tadi, Zuana sukses dinobatkan sebagai penerima anugerah Gempak Star On Fire.
Pada pentas akhir nanti, para peserta bakal diadili menerusi dua tugasan iaitu ‘bebas’ dan lagu baharu hasil ciptaan para juri iaitu Ajai, Aina Abdul, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Shila Amzah.
Terdahulu, RTSMY dihoskan oleh gandingan pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad.
RTSMY boleh ditonton di saluran Astro Ria atau strim menerusi platform Astro Go dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia perfileman kehilangan seorang lagi bintang besar apabila pelakon British, Terence Stamp, yang terkenal dengan watak antagonis General Zod dalam filem Superman (1978) dan Superman II (1980), disahkan meninggal dunia pada Ahad lalu.
Stamp, 87, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di London dengan ditemani ahli keluarga terdekat. Punca kematian bagaimanapun tidak didedahkan, namun keluarganya mengesahkan berita duka itu menerusi satu kenyataan rasmi.
Sepanjang lebih enam dekad berkecimpung dalam industri seni, Stamp dikenali sebagai seorang pelakon versatil yang mampu menjayakan pelbagai watak, daripada filem epik sejarah sehingga naskhah moden.
Selain Superman, beliau turut menyerlah menerusi lakonannya dalam Priscilla, Queen of the Desert (1994) yang memahat namanya di layar perfileman antarabangsa.
Pemergian Stamp sekali gus mengingatkan peminat kepada beberapa pelakon terdahulu francais Superman yang turut meninggal dunia dalam keadaan tragis, termasuk Christopher Reeve, bintang utama Superman yang lumpuh akibat kemalangan menunggang kuda sebelum meninggal dunia pada 2004.
Dilahirkan pada 22 Julai 1938 di London, Stamp mula mencipta nama pada era 1960-an apabila membintangi filem Billy Budd (1962) yang melayakkannya menerima pencalonan Oscar. Kejayaannya itu membuka jalan untuk Stamp menjadi salah seorang pelakon British paling berpengaruh pada era tersebut.
Rakan-rakan artis dan penggiat industri seni turut menzahirkan rasa sedih atas kehilangan tersebut. Ramai menyifatkan Stamp sebagai pelakon berdedikasi tinggi serta meninggalkan warisan seni yang tidak ternilai kepada generasi akan datang.
Beliau meninggalkan legasi besar dalam dunia perfileman dan lakonannya akan terus diingati sebagai sebahagian daripada sejarah sinema dunia.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon siri terkenal “The Walking Dead”, Kelley Mack, telah meninggal dunia pada usia 33 tahun di kampung halamannya di Cincinnati, selepas bertarung dengan penyakit glioma sistem saraf pusat, sejenis tumor yang menyerang otak atau saraf tunjang.
Kelly atau nama penuhnya Kelley Klebenow, dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang pada hari Sabtu lalu, menurut kenyataan yang dimuat naik di laman CaringBridge.
Perkara itu turut disahkan menerusi hantaran Instagram rasmi milik mendiang pada Selasa lalu dengan gambar beliau serta ucapan penuh emosi bertulis, “Dengan kesedihan yang tidak terhingga, kami mengumumkan pemergian Kelley yang kami kasihi. Cahaya yang begitu terang dan penuh semangat itu telah pergi ke alam yang abadi, tempat yang akhirnya akan kita tuju juga”
Ucapan takziah turut membanjiri media sosial daripada rakan-rakan industri dan peminat yang mengenali beliau sebagai seorang yang “berbakat” dan “berjiwa lembut”.
Rakan pelakon siri berkenaan, Alanna Masterson, turut berkongsi kesedihannya menerusi platform media sosial: “Dia seorang insan yang luar biasa. Saya sangat berbangga kerana dapat berjuang bersama dengannya dalam episod terakhir kami bersama,” tulisnya.
Sepanjang kerjaya seninya, Kelly mencatatkan 35 kredit lakonan dan lima kredit penerbitan, termasuk watak Addy dalam musim kesembilan “The Walking Dead”, Penelope Jacobs dalam “Chicago Med” dan penampilan dalam siri popular “9-1-1” terbitan FOX.
Beliau turut aktif dalam bidang iklan dan alih suara, pernah membintangi kempen komersial untuk jenama seperti Dr. Pepper, Ross Stores, Dairy Queen dan Chick-fil-A. Minatnya dalam bidang penceritaan mula berputik sejak kecil apabila menerima kamera video mini sebagai hadiah ulang tahun.
Mack merupakan lulusan Sekolah Tinggi Hinsdale Central dan memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang sinematografi dari Dodge College of Film and Media Arts, Chapman University, California.
Beliau meninggalkan kedua ibu bapanya Kristen dan Lindsay Klebenow, adik-beradik Kathryn dan Parker, datuk dan neneknya Lois dan Larry Klebenow, serta teman lelakinya, Logan Lanier.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.