Penyanyi Nubhan, meluahkan rasa geram terhadap segelintir pihak yang membandingkan hasil pendapatnya dengan isteri yang juga merupakan seorang doktor.

Menurut Nubhan, individu tersebut telah melabelkannya sebagai artis sendu dan menuduhnya hanya makan hasil isteri.

Rasa geram itu telah diluahkan oleh peserta Akademi Fatasia musim ke-6 itu di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“Hahaha banyak pulak komen-komen macam ni lately. Ada yg sindir ada yg direct. Komen yg lain tu lantak lah. Apalah sgt wife saya tak penah tanggung hidup saya ya. Kau ingat cukup ke? Bangangyaaa komen ni. Gaji bini aku sbulan aku dpt double setiap hari ok!

“Kau ingat aku batak ke nak popular? Kalau popular pun sangkak nak buat apa? Kau tu yg masih hidup meminta-minta tu tak payah cermin diri, zaman sekarang hentak terus kepala kat dinding kasi sedar,” tulisnya.

Tambah Nubhan, dia tidak kisah sekiranya namanya tidak popular asalkan hidup tidak meminta-minta daripada orang lain.

IKLAN

Dalam pada itu, rata-rata netizen meminta Nubhan supaya bersabar dan tidak mempedulikan komen negatif tersebut.

“Bangangnya! Gaji Bini Aku Sebulan Aku Dapat Double Setiap Hari”- Respon Nubhan Bila Diejek Konon Makan Hasil Isteri

IKLAN

“Bangangnya! Gaji Bini Aku Sebulan Aku Dapat Double Setiap Hari”- Respon Nubhan Bila Diejek Konon Makan Hasil Isteri

Nubhan telah melansungkan perkawinannya dengan seorang doktor gigi, Afifah Hidayah Taufek pada tanggal 29 Ogos 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Foto: Instagram Nubhan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI