Pelakon, Zalif Sidek mengakui rezekinya kini semakin bertambah apabila banyak menerima tawaran-tawaran kerja selepas mendirikan rumah tangga.
Menurut Zalif, meskipun pada mulanya dia berasa agak risau apabila duit simpanannya dikatakan telah habis digunakan untuk perbelanjaan perkahwinan, namun dia tetap bersyukur dengan segala perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Sejujurnya saya dapat rasakan rezeki saya semakin bertambah-tambah selepas berkahwin. Pada mulanya Awesome TV tawarkan saya berlakon telemovie sahaja.
“Lepas sahaja habis telemovie itu, datang lagi rezeki lain. Ditambah pula saya sudah berkahwin. Alhamdulillah Allah susun rezeki kita itu sebaiknya dan kita tak terfikir pun.
“Terus terang saya katakan, selepas mengadakan majlis perkahwinan, duit simpanan saya pun habis. Segala simpanan yang saya ada selama ini, saya dah gunakan sebab saya ingin majlis tersebut berjalan lancar.
“Bila dah balik rumah, baru saya terfikir, macam mana nak cari duit. Duit dah takda ni. Kemudian datang tawaran daripada Awesome TV. Daripada telemovie sampailah ke game show. Beberapa stesen tv lain pun panggil,” katanya kepada MH.
Pelakon filem, Papa I Love You itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pratonton program television Awesome TV serta kolaborasi bersama syarikat korporat, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB).
Ads
Katanya lagi, kehidupannya juga sewaktu fasa pandemik ini juga agak terkesan lebih-lebih lagi selepas kehilangan bapa tercinta pada tahun lalu
“Sepanjang pandemik ini, kehidupan saya memang agak terkesan. Ditambah pula selepas pemergian bapa saya. Tawaran kerja pun kurang. Tetapi berkat kesabaran dan ikhlas dalam segala hal, Allah bukakan jalan.
“Saya ini anak sulung. Saya tak mahu bebankan adik-beradik saya yang lain. Kalau mak tak cukup duit, biar saya dahulukan. Tak perlu bebankan adik- beradik.
“Mungkin berkat doa daripada ibu dan isteri saya, susunan Allah itu sangat luar biasa. Macam magic saya rasa,” kongsinya lagi.
Ads
Ketika ditanya mengenai perbezaan kehidupan serta persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadan selepas berumah tangga, Zalif memaklumkan tanggungjawabnya kini sudah semakin bertambah
“Selepas ini, saya dah tak perlu nak bersahur di luar. Dia pun nak pergi terawih sama-sama dengan saya. Dalam hati ni terdetik, Ya Allah ada juga orang nak teman aku pergi solat terawih.
“Persiapan untuk hari raya juga dah berbeza. Dulu kita pilih baju sendiri je. Mak pula saya hanya bagi duit dan dia uruskan sendiri.
Ads
“Dulu kita fikir diri kita je. Sekarang ini, setiap hari saya akan bertanya jika ada apa masalah. Nak masak apa pun saya tanya. Saya ingin mencontohi sifat arwah ayah saya. Apa ayah buat itu juga saya buat.
“Kami pun tak rancang fasal kehidupan selepas berkahwin ni. Ditakdirkan dia akan mengandung nanti, tanggungjawab saya akan lebih besar,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Zalif bakal bergandingan bersama figura rock tanah air, Datuk Awie menerusi drama terbaru yang berjudul Sudin Sudah Kaya.
Sudin Sudah Kaya bakal bersiaran di slot ‘Dramedi’ pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 9 malam di platform Awesome TV disaluran Astro 123 dan MyTV 112.
Sekadar informasi, Zalif telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Anis Marzuki, pada 26 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski sudah dua hari melabuhkan tirai, namun kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) masih lagi diperkatakan.
Bukan hanya senarai pemenang dan persembahan yang mencuri tumpuan, namun penampilan finalis bertanding turut menjadi buah mulut.
Malah, gaya rakan artis yang hadir sebagai penonton bagi memberi sokongan juga memang tidak kalah dalam bergaya.
Nah, kami sorotkan kembali antara fesyen selebriti kita di AJL36, agaknya mana satu yang paling ‘wow’ pada pandangan kalian?
Siti Nordiana
Persalinan ‘drapping’ rona emas yang dikenakan bintang ini cukup menarik. Solekan manis yang dirias menyerlahkan penampilannya dalam membuat persembahan menerusi lagu berjudul Angkara.
Aina Abdul
Setiap kali muncul, pasti akan diperkatakan termasuklah dua persalinan eksentrik yang digayakan penynayi ini di malam AJL36. Menurut Aina, dia berterima kasih kepada ‘glam squad’ yang berjaya menata rias penampilannya.
“Untuk baju bagi lagu Sepi, ia diinspirasi menerusi persalinan yang dipakai selebriti antara bangsa di majlis anugerah seperti Grammy, Oscar dan sebagainya.
“Malah trofi AJL juga warna keemasan. Jadi kita nak berikan ‘vibe’ seolah-olah kalau tak memang pun, kita sudah rasa seperti juara.
“Ia busana ilham Tsyahmi yang turut mereka pakaian saya menerusi lagu Sumpah di AJL34. Harapnya ramai yang suka dengan penampilan saya hari ini,” katanya.
Aina turut berkongsi gaun yang dilatari dengan bungaan segar menerusi lagu Nafas Cinta pula hasilan pereka terkenal, Melinda Looi.
Nabila Razali
Hadir memberikan sokongan, fesyennya di karpet ungu AJL36 cukup menawan. Dres rona coklat cair dari Nurita Harith ini sempurnakan sisi lembut dan anggun penyanyi lagu Peluang Kedua ini. Jelas Nabila, ia sebenarnya baju yang sepatutnya dipakaikya untuk AJL tahun lalu.
Stacy
Imej kasual menjadi pilihan Stacy yang hadir sebagai komposer menerusi lagu Cinta nyanyian Marsha Milan bersama suami, Akim Ahmad. Tata rias wajahnya pula oleh Bobo Cinta. Simple yet elegan kan?
Gambit Saifullah
Pelakon Gambit tampil kemas dengan memilih sut hasilan Dato Sri Bernard Chandran untuk digayakan saat hadir menonton AJL36. Kaca mata hitam stail aviator melengkapkan gaya maskulinnya.
Dayang Nurfaizah
Membuat penampilan istimewa menyanyikan lagu penaja, Dayang ‘nampak’ ungu di AJL36! Seperti biasa, dres indah yang melekap pada tubuh dari Rizalman by Faizuluziaf. Manakala Khir Khalid pula memberikan sentuhan magis pada wajahnya.
Hos AJL36 di samping Alif Satar ini mengenakan dua persalinan semalam dan ini adalah ‘look’ keduanya yang mengenakan sut ungu hasilan Rizman Ruzaini. Abil turut memberikan kredit kepada semua yang menata gayanya pada acara muzik tahunan berkenaan.
Pelakon, Shima Anuar memaklumkan tahap kesihatannya kini sudah pun menunjukkan tanda-tanda positif selepas baru sahaja menjalani prosedur pembedahan akibat komplikasi hamil luar rahim (ectopic pregnancy).
Berkongsi kisah di laman Instagram, Shima memberitahu, dia kini harus mengenakan bengkung agar dia dapat menegakkan badannya.
“Day 3 after operation. Slowly dah boleh tegakkan badan. And i need my bengkung to support me. Bengkung ni memang khas untuk czer. Beli masa beranakkan Sophia.
“Kalau tak asyik bongkok je bila bangun. Macam nak patah dah pinggang ni tahan sakit. Last night perut sakit sgt sebab banyak angin. Kentut pun malu-malu nak keluar. Caner tah. Ishh! Stress betul,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa ini turut mendedahkan dia akan tetap menjalani proses berpantang seperti biasa demi menjaga badan serta organ dalamannya.
“This morning minum air halia. Baru la ok. And tomorrow baru start pantang dgn my CL. Actually haritu doc kata takyah pantang pun takpe. You can eat whatever you want to eat. Hahah kite pulak takut wakkk.
“Kite sayang badan. Better pantang jela. Hopefully luka kat dalam tu cepat baik. Later kite share-share lagi ok?,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut terinspirasi dengan semangat dan kekuatan yang ditunjukkan oleh Shima.
“Get well soon babe. Much love and prayers coming your way.
“Awak ni strong woman la. Speedy recovery babe. Sending big hug.
“You kan memang betul-betul kuat. Segala kerja you boleh buat. Then, tiba-tiba jadi macam ni, I tengok you betul-betul seorang wanita, isteri dan ibu yang kuat. I adore you sangat-sangat.
Pengacara Azwan Ali digugurkan serta merta sebagai pengacara program realiti Mic On musim kedua (Mic On 2) berkuatkuasa hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor utama demi memastikan keharmonian penerbitan program Mic On 2 dapat diteruskan dengan lancar bagi menghormati semua pihak yang terbabit.
“Pihak pengurusan Awesome TVhari ini mengambil keputusan untuk menggugurkan Azwan Ali daripada tugas pengacaraan bagi program realiti Mic On berkuatkuasa serta merta.
“Perlu ditegaskan di sini bahawa pihak Awesome TV tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang hal-hal berkaitan dengan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada di kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terbabit dengan program-program terbitan kami.
“Pihak Awesome TV juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian.
“Tindakan keras akan diambil sekiranya berlaku sebarang pelanggaran integriti prinsip tersebut,” katanya di dalam satu kenyataan media sebentar tadi.
Program Mic On 2 minggu seterusnya akan dikendalikan oleh pengacara bersama sedia ada, Issey Fazlisham.
MIC ON yang bersiaran setiap hari Jumaat jam 9 malam diAwesome TV (Astro 123) atau MyTV (112) adalah sebuah program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian komedi terbitan Awesome TV yang menampilkan tiga selebriti tanah air, Datuk Awie, Datuk Hattan dan Mas Idayu sebagai juri tetap.
Terdahulu, seramai 15 peserta berjaya diserap masuk untuk bersaing di konsert mingguan Mic On musim kedua bagi merebut gelaran juara.
Kesemua mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diterajui oleh Fad Bocey, Ropie dan Ajak Shiro yang menggalas tanggungjawab selaku ‘Manager’ untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada para peserta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...