Ads

Bakat Lan Pet Pet Dibida RM 15,000 Dalam Lelong Amal

Pelawak terkenal, Lan Pet Pet daripada kumpulan lawak yang tersohor di Malaysia, Senario sememangnya terkenal dengan menghasilkan bunyi-bunyian menggunakan mulut.

Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad telah berjaya menarik bidaan sebanyak RM15,000 dengan bakat meniru bunyi yang diperolehinya pada lelongan amal sempena Hari Karnival Penyayang 2017 anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) di Stadium Darul Aman beberapa hari yang lalu.

Persembahannya meniru bunyi kereta Formula Satu, Kuda dan siulan lagu Getaran Jiwa telah dibida oleh Pengarah Urusan ECK Group Sdn. Bhd., Puan Seri Ginney Chew.

Ads

Ini merupakan kali pertama Chew terlibat dalam bidaan Karnival Amal Hari Penyayang untuk membantu golongan yang memerlukan.

Wang itu didermakan kepada Tabung YSB bagi membiayai program kesihatan dan projek tuisyen percuma Titian Bistari oleh yayasan tersebut.

Ads

“Saya tertarik dengan bakat yang telah ditunjukkan beliau (Lan Pet Pet) kerana bukan mudah meniru dan membuat bunyi-bunyi menggunakan mulut.

 

“Persembahan dia juga seronok dan tidak membosankan, jadi tidak salah untuk saya membida bakatnya. Selain itu saya turut membeli potret Tuanku Sultan dan Sultanah dengan harga RM30,000.

 

“Juga lukisan bertajuk ‘Keriang Hill View‘ yang berharga RM30,000, satu kepala kuda hasil pelukis terkenal Thailand bernilai RM40,000 dan tiga lagi barang lain,” katanya.

Bersempena majlis ini, Lan Pet Pet berkata dia gembira kerana ada yang sudi untuk memberi sumbangan kepada YSB atas bakat dan persembahannya.

Ads

Sementara itu, lelongan amal yang dkendalikan oleh Anggota Lembaga Amanah YSB, Datuk Nasir Mustafa bersama Lan Pet Pet telah berjaya mengumpul dana berjumplah RM518,000 hasil lelongan 21 barangan di mana salah satunya adalah nombor pendaftaran kenderaan sempena Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah menjadi Yang di-Pertuan Agung untuk kali kedua.

Sumber: Bernama

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezwan Zain Nak Naikkan Aura Isteri Sempena Majlis Resepsi, Erra Fazira...

Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu. Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...
error: Hello. Cannot.