Berita

Bakal Timang Anak Keempat, Fizo Omar Minta Doa Urusan Bersalin Isteri Dipermudah

Share

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar, memohon doa daripada orang ramai agar proses kelahiran anak keempatnya bersama isteri tercinta, Fazeera Nazri, berjalan dengan lancar.

Perkara itu dikongsikan Fizo menerusi hantaran terkininya di Instagram yang memaparkan keadaan terkini Fazeera di sebuah pusat perubatan.

“Mohon doa dari semua, semoga isteri saya selamat bersalin anak yang keempat.

“Semoga dipermudahkan urusan kami ya,” tulisnya di ruang kapsyen.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai warganet yang rata-ratanya menitipkan doa dan kata-kata positif agar semuanya dipermudahkan buat pasangan ini.

Permata Hati Fizo Omar

Untuk rekod, Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Wan Khaleeda, 3 tahun dan Wan Umaira, 2 tahun.

Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim, namun pasangan itu bercerai dengan talak satu pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, Fizo dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia 8 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH