Pelakon senior, Datin Sofia Jane mengakui dirinya berasa amat teruja apabila bakal membuat kemunculan semula di dalam industri lakonan tanah air selepas sekali terakhir dia muncul di kaca televisyen enam tahun lalu.
Menurut Sofia, meskipun sudah hampir enam tahun dia menetap di Australia, namun, cintanya terhadap dunia lakonan tidak pernah pudar.
Malah, dia juga menyifatkan dirinya ketika ini amat dahagakan karya-karya yang lebih progresif buat tontonan para masyarakat.
“Saya berasa bahagia abila ditawarkan peluang berlakon yang biasanya tidak datang selalu. Sejak enam tahun lalu, saya tidak ada di Malaysia. Saya berada di Australia dan hujung tahun lepas baru saya pulang.
“Cinta saya pada lakonan tidak pernah pudar. Ketika ini, saya dah pun memasuki fasa kumpulan umur yang berbeza dan saya ingin mencari kolaborasi bersama mereka yang mempunyai naskah-naskah progresif dan relavan terhadap lanskap sosial kita ketika ini.
Ads
“Saya berharap agar drama I-Tanggang ini akan menjadi satu revolusi kepada karya-karya yang lebih bagus. Ini merupakan salah satu sebab mengapa saya akan meneruskan karier saya di dalam bidang lakonan,” katanya kepada MH.
Datin Sofia berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama I-Tanggang baru-baru ini.
Ketika ditanya adakah industri perfileman dan drama tanah air kini berada di landasan yang tepat untuk bergerak ke arah yang lebih progresif, ini reaksi yang diberikan oleh pelakon berusia 49 tahun itu;
Ads
“Saya rasa untuk industri seni tanah air menjadi lebih progresif pertama sekali ia harus dijaga oleh mereka yang betul-betul peduli mengenai industri kita. Tiada apa yang akan berubah sekira tiada orang yang betul-betul beri perhatian.
“Keduanya, kita harus memperbanyakkan syarikat produksi yang bagus. Saya tak nafikan Malaysia sememangnya mempunyai syarikat produksi yang bagus sama ada untuk menghasilkan filem, drama tv ataupun pementasan tetapi ia tidak konsisten.
“Bila tidak konsisten, ia tidak akan berkembang kerana para penonton ingin melihat sesuatu yang bagus. Bila ada pula sesebuah karya yang bagus, ia akan tetap dilupakan kerana kita terpaksa menunggu berbulan atau bertahun untuk produksi yang lebih besar menghasilkan karya yang lebih bagus.
“Pihak produksi hendaklah konsisten dengan nilai-nilai karya yang ingin dibawa oleh mereka,” ujarnya lagi.
Ads
Terdahulu, drama I-Tanggang bakal menemui penonton mulai 13 September ini pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di Astro Citra, saluran 108.
Selain Datin Sofia, drama 12 episod ini turut menampil barisan-barisan pelakon hebat antaranya, Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar dan ramai lagi.
Kredit foto: Twitter Sofia Jane
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Masalah wanita sedunia’ dan apa paling sukar dilakukan ialah, suka makan tapi mahu kurus.
Situasi inilah yang dialami Ameera Zaini sewaktu sedang hamil.
Kongsinya, berat naik sehingga 20 kilogram sewaktu mengandungkan Mateen, ulas pengacara ini, dia sangat sukakan pencuci mulut dan mampu menghabiskan beberapa potong kek sekali gus.
Namun untuk mengurangkan berat badan, dia terpaksa berkorban kegilaan terhadap makanan manis.
“Meera naik 20kg masa mengandungkan Mateen. Dekat 80kg berat Meera tau! This is because I have a weakness for desserts. I can resist Nasi Lemak Roti Canai Nasi Minyak but not desserts.
“Sebelum ni memang Meera tak suka nasi sangat and boleh makan 2 3 slices of cakes sekaligus. Chocolates pulak macam hari-hari pun takpe. Sekarang Meera still enjoy having dessert cuma Meera kurangkan.
“Kalau sebelum ni boleh makan 5 pieces macarons sekali sekarang makan 1 je. Itupun dah pening sebab Meera memang dah cut sugary drinks or food,” tulisnya.
Tambah ibu kepada seorang anak ini, walaupun sukar mengawal nafsu pada permulaan dahulu, namun demi kesihatan dia tekad.
Hasilnya kini dia 4 kilogram lebih ringan daripada berat sebelum hamil dahulu.
“Memang susah la nak tahan nafsu masa awal2 tu, tapi demi kesihatan dan nak slim kena kuat semangat hehe. Sekarang Meera 4kg lighter than my pre-pregnancy weight.
Cuba teka berapa? So kalau ada yg tanya tips jaga badan tu, ni antara tips yang Meera boleh share.
“Tak makan nasi Meera makan apa? Haaaa Siapa nak Meera buat video what I eat in a day?” tulisnya panjang lebar.
Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin berkongsi berita gembira apabila menerima bingkisan hadiah berupa pinggan mangguk corak flora daripada Michael Ang.
Jelas Elizad dia tidak menyangka akan menerima pemberian berkenaan kerana dia hanya bertanya di mana boleh set tersebut kepada pengarah tersebut pada awalnya.
Penerbit drama dan filem, Datuk Ayu Puteh memohon bantuan ramai untuk mengesan pembantu rumahnya yang didakwa telah melarikan diri.
Datuk Ayu atau nama sebenarnya, Normashayu Puteh mendakwa, wanita yang dikenali sebagai Murniati itu dikatakan ‘berlakon’ untuk membuang sampah sebelum bertindak lolos dari kediaman majikan.
“Pembantu rumah lari, Murniati dari Medan (Indonesia). Buat-buat buang sampah. 1 bungkusan sampah dan satu bungkusan bajunya. Pintar…
“Mohon polis atau kawan-kawan segera hubungi saya sekiranya ternampak pembantu inu.
“Siapa-siapa yang melindungi atau menyimpan atau membantu pelarian pembantu rumah saya ini, saya akan ambil tindakan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyendi Instgaram.
Dalam pada itu, Datuk Ayu turut memuat naik perkara sama di Insta stories.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.