Categories: Uncategorized

Baju Afifah Nasir Disamakan Dengan Guni Bawang

Share

Nampaknya sepanjang hujung minggu lalu nama Afifah kembali ‘panas’ sekali gus menjadi bualan hangat ramai. Lepas satu-satu cerita kontroversi yang mengaitkan nama pelakon ini.

Selepas dakwaaan berdua dengan Aliff Aziz di pusat karaoke reda, kini isu menyindir isteri kepada pelakon, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.

BACA JUGA > Dikecam Perli Bella Astillah, Afifah Nasir Tutup Ruangan Komen

Namun setelah dikecam, Afifah bertindak menutup ruangan komen di akaun Instagram.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen di Facebook Media Hiburan, peminat seolah tidak berminat mengenai topik yang dibincangkan malah menjadikan isu busana yang dipakai Afifah menjadi topik utama. Mereka menjadikan baju yang dipakai Afifah sebagai bahan gurauan.

Rata-rata netizen mempersendakan busananya gara-gara baju rona merah yang disarungnya yang dimuatnaik di Instagram miliknya disamakan dengan guni bawang.

Tidal kurang juga yang memangil Afifah sebagai ‘makcik bawang’.

Di bawah adalah komen yang diterima oleh Afifah.

Kreatif betul netizen ni kan?  Namun kalau tak suka sangat pun jangan la macam tu.  Cantik sebenarnya baju Afifah tu.  Ada sahajalah korang ni kan…

IKLAN