Uncategorized

“Baik Sis Bogel Je, InsyaAllah Takda Orang Mengata,” – Nasihat Netizen Buat Zizi Kirana, Tak Habis-Habis!

Share

Penyanyi, Zizi Kirana sering berdepan dengan kecaman ramai setiap kali muat naik foto terbaru di laman Instagramnya.

Kisahnya, semalam penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak itu muat naik foto terbarunya di laman Instagramnya memakai ‘tube top’ dan jeans.

“People Say I Act Like I Don’t Care. It’s Not An Act,” tulisnya di kapsyen

Susulan itu, ramai netizen meninggalkan komen memberikan nasihat kepada Zizi menyuruhnya ‘bogel’ sahaja.

Ini bukanlah kali pertama Zizi berdepan dengan nasihat-nasihat begini malah sudah acap kali netizen melemparkan pelbagai kecaman terhadapnya namun tidak dilayannya.

Sebelum ini juga, Zizi mendedahkan ada individu yang pernah menghantar mesej lucah kepadanya namun dia segera memadam dan ‘block’ individu tidak sihat itu.

Foto/Instagram: Zizi Kirana

IKLAN