Uncategorized

‘Bahasa Tak Seiring Dengan Umur’ Angah Raja Lawak Berang & Minta Pengulas Fesyen Minta Maaf!

Share

Seperti yang kita tahu malam tadi isu seorang pereka fesyen iaitu Zaihani Mohd Zain yang mengeluarkan kenyataan sekirannya seseorang itu berat badannya lebih dari 60kg tidak perlu datang fashion show atas beberapa sebab.

Nampaknya ramai yang agak tidak berpuas hati dengan kenyataan Zaihani atau lebih dikenali sebagai Kak Zai.

Bukan sahaja netizen, malah pelawak terkenal iaitu Angah Raja Lawak turut tidak bersetuju dengan kenyataan Zaihani.

Menurutnya, kata-kata Zaihani ini tidak seiring dengan usianya sehingga sanggup menghina fizikal manusia.

Malah, Angah juga berkata mujurlah Zaihani bukan budak kecil, sekirannya ya sudah lama di cilikan mulut.

Dalam pada itu, Angah juga meminta pengulas fesyen ini untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Beberapa selebriti turut meninggalkan komen dan memberi respon tersendiri terhadap isu ini…

IKLAN