Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida berharap agar semua pihak dapat memberi ruang buat anak perempuannya, Cik B untuk menikmati zaman remajanya ketika ini.
Menurut Vida, dia mahu anaknya itu mencuba segalanya dan melalui sendiri momen-momen bergelar remaja sebelum meningkat dewasa.
“Nakal anak mama yang hebat @cikb_havoc66 ni. Bagi masa untuk Cik B biar dia buat apa yang dia suka
explore zaman kanak-kanak remaja,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Ads
Bagaimanapun, Vida memaklumkan dia tetap mendidik anaknya itu mengenai ilmu menguruskan bisnes sejak usianya masih muda.
“Cik B membesar tak sama macam orang lain. Saya dah bagi dia handle business
Salmon Skin Salted egg,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Vida membesarkan anak-anaknya selain turut berharap agar mereka juga dapat meneruskan legasi keluarga pada masa akan datang.
Ads
“Ya betul. Biar dia enjoy masa mudanya.
“Betul saya setuju. Biar dia buat apa dia suka. Datuk cuma pantau sahaja.
“InsyaAllah dah besar nanti Cik B jadi wanita cantik.
Ads
“Untung Cik B dapat mama yang hebat. Semoga sihat-sihat selalu keluar Datuk Seri Vida,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Baru-baru ini, penampilan terkini Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd Amin mendapat kritikan netizen kerana gaya rambut pendeknya yang dikatakan menyerupai lelaki.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Vida & Cik B
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun sudah bertapak agak lama didalam industri seni tempatan, pelakon, Taufiq Hanafi amat mendahagakan cabaran bagi membuktikan kepada penonton yang dirinya juga merupakan pelakon versatil.
Menurut Taufiq, dia mahu membuang stereotaip yang mengatakan dirinya hanya mampu untuk melakonkan watak-watak aksi sahaja.
“Ada kalanya, saya akui agak frust apabila nama saya ini sering kali dikaitkan dengan naskah-naskah aksi sahaja. Saya sudah berada dalam industri ini agak lama. Sejak belajar di ASWARA lagi.
“Bila dah sinonim sebegitu, tumbul pula perasaan takkan setakat itu sahaja yang mereka nampak saya. Cabarlah saya bawa watak apapun.
“Kalau betul saya gagal membawakan sesuatu watak itu, saya akan sentiasa menerima kritikan. Mungkin itu kelemahan saya. Tegurlah saya macam mana pun. Saya sedia belajar dan berubah,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Paskal itu berkata sedemikian ketika ditemui MH baru-baru ini.
Katanya lagi, ada kalanya dia juga kecewa dengan sikap segelintir pelakon yang hanya sambil apabila menjayakan sesebuah watak.
“Yang membuatkan saya bertambah bengang bila melihat pelakon lain mendapat tawaran untuk menjayakan sesebuah watak yang saya idamkan tapi tidak membawakannya dengan baik.
“Padahal saya nak watak itu tapi bila mereka telah diberikan peluang, mereka tak mahu manfaatkan peluang tersebut. Itu pun satu masalah juga,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Taufiq turut memaklumkan dia merupakan seorang yang sangat serius dalam bekerja dan sedia untuk memberikan komitmen penuh bagi menghidupkan sesebuah watak.
“Watak yang paling saya idamkan ketika ini adalah untuk membawakan watak sebagai seorang yang ada masalah psikologi. Saya mahu watak yang boleh menyiksa mental dan fizikal saya.
“Mungkin orang hanya nampak saya selesa membawakan watak aksi tapi apa sahaja watak yang diberikan pun, saya akan beri 100 peratus. Saya akan mengkaji dan belajar dahulu setiap watak.
“Sebagai pelakon, kita kena buat penonton percaya dengan lakonan kita. Kalau orang boleh percaya yang kita sama macam watak, itulah kekuatan seorang pelakon,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Taufiq baru sahaja muncul menerusi drama siri yang berjudul Astana.
Astana merupakan drama siri arahan pelakon dan pengarah, Luqman Hafidz yang mengangkat kisah mengenai kehidupan sebagai seorang doktor gigi.
Drama siri ini boleh ditonton menerusi laman Youtube Astana Dental.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Taufiq Hanafi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dirai meriah, puluhan jambangan bunga diterima mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan yang menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan dari Asia E Universiti (AeU), Sabtu, pada hari graduasinya.
Apresiasi itu dilakukan oleh komuniti usahawan Titan yang menghadiri majlis graduasi untuk memberi sokongan selain tanda terima kasih terhadap Azizan yang telah berjaya membimbing mereka membina empayar perniagaan jutaan ringgit.
“Saya takut hari ni bab inilah. Saya dah cakap dengan team saya kalau yang datang setiap seorang bawa bunga, kita dah boleh buka kedai bunga.
“Sangat luar biasa, saya amat berterima kasih kepada Titan kerana mengambil kesempatan meluangkan masa.
“Saya sangat bangga dan tersentuh kerana bukan hari-hari pun kita ada konvokesyen apatah lagi ini PhD yang pertama yang saya terima di Malaysia,” katanya.
Berbicara tentang ilmu, meski sudah melahirkan ramai usahawan berstatus jutawan, namun itu tidak bermakna dia sudah hebat dan tidak perlu lagi mengasah pengetahuan akademik.
Matlamat beliau adalah untuk mempersiap diri agar terus dapat memberi nilai dan panduan berkesan kepada usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam serta luar negara.
“Pengiktirafan dan kelulusan pendidikan yang diterima bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi diberikan kembali kepada orang ramai terutama usahawan dan organisasi,” katanya selepas menerima ijazah kedoktoran itu sempena konvokesyen AeU di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Dr. Azizan yang bersyukur dengan pengiktirafan itu berkata, banyak rancangan mengembangkan dan membantu usahawan-usahawan kecil di Malaysia dan beliau berharap dapat menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan kerajaan bagi membantu usahawan-usahawan khususnya di luar bandar.
“Ada banyak perkara yang kerajaan lakukan yang saya rasa kita boleh bekerjasama untuk sokong. Contohnya usahawan desa di luar bandar, kita ada training understanding expertise, yang saya rasa kita boleh bantu ramai mereka di luar sana jika boleh bekerjasama dengan lebih baik bersama kerajaan,” katanya lagi.
Menjawab soalan kecemerlangan di dalam bidang akademik dan empayar perniagaan beenilai jutaan ringgi, beliaupercaya membuatkan ibunya, Hajah Mariah Ahmadbahagia asbab kepada nikmat rezekinya hari ini.
“Biar betapa sibuknya saya, saya ada KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dengan emak saya iaitu emak saya mesti happy!
“Kalau saya lama tak jumpa emak, saya akan cari jalan untuk bertemu dia. Saya juga pastikan emak gembira misalnya melakukan sesuatu yang dia suka, berbuat baik kepada orang yang dia sayang.
“Contohnya bulan lalu saya sangat sibuk di Switzerland tapi sebaik saja pulang ke Malaysia, saya terus rencanakan percutian bersama emakselama 3 hari di Singapura. Saya juga ada KPI dengan isteri saya, malah sentiasa mencari masa untuk bersama dia dan anak-anak,” katanya.
Beliau menambah lagi, hasratnya yang sentiasa ingin membahagiakan ibu, merupakan jawapan mengapa beliau juga mudah menghadam ilmu sekaligus cemerlang dalam bidang akademik.
“Doa emak saya power! Doanya untuk anak-anak sangat luar biasa. Ada perkara yang sayabrasa tak boleh dan minta emak berdoa, pasti Allah SWT permudahkan,” katanya.
Menyantuni kehidupan dengan berpegang pada dua perkara iaitu mencari keberkatan dan menjaga hubungan dengan orang sekeliling, merupakan jambatan rezekidalam perniagaannya.
Terdahulu, beliau telah menduduki peperiksaan bagi Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan lulus pada April lalu.
Malah beliau turut dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay) sebagai Pengarah Bukan Bebas.
Dr. Azizan berkata, beliau bersama RichWorks juga sudah 15 tahun dalam membimbing usahawan dan ia merupakan kecintaan dirinya untuk melihat transformasi kejayaan seseorang usahawan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida kembali mencuri perhatian wargamaya selepas memuat naik sepotong video mengenang arwah dua anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin yang terkorban dalam satu insiden kebakaran di sebuah rumah di Ipoh, Perak lebih tujuh tahun lalu.
Menurut Vida, apa yang berlaku menjadi ujian paling berat yang pernah dihadapinya.
“Tujuh tahun berlalu, kehilangan terpaling paling sakit pernah saya lalui sepanjang hayat saya. Al-Fatihah (dibacakan) buat kedua putera saya, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut penyanyi lagu I Am Me itu menitipkan dedikasi serta doa buat kedua Allahyarham.
Menitip rasa rindu, tak kurang juga yang meminta Vida semoga terus kuat menghadapi cabaran.
“Alfatihah ya Allah rindu diaorang berdua nih. anak-anak syurga mamanya, teringat gurau dgn diaorang,” tulis seorang kenalan Vida.
“Semoga terus tabah DS Vida. Saya tahu di sebalik ketawa riang Dato Sri, dibaluti kepedihan tidak terperi. Mereka semua sudah di Syurga menunggu mamanya nanti mereka juga yang akan menarik Dato Sri ke Syurga bersama mereka, hugs. I feel you, Al fatihah buat kedua anak syurga,” komen pelakon Zarina Zainuddin.
“YA ALLAH… besar dugaan Dato. Masa berita ni keluar… hati saya pon bagai dihiris-hiris walau saya tak pernah kenal anak-anak ni. Semoga ALLAH akan mempertemukan Dato dengan anakanda Dato di jannah…amin,” respons seorang peminat.
“Anak syurga Dato. Akan tuggu DSV kat syurga. Itu pasti, cara Allah nak bagi kita syurga, ujian dia memang berat tapi kebahagiaan kita kekal di syurga,” tulis peminat lainnya.
Terdahulu, memetik laporan media, ketika kejadian pada 3 Ogos 2013 itu, dua anak lelaki kepada pengasas produk kosmetik Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman dan seorang lagi meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru.
Mayat Eddie Zuhdi Mohd Amin, 11, dan adiknya Edrie Zikrie, 10, ditemui di bilik mandi manakala mayat Mohd Nor Syamil, 26, ditemui di tingkat atas selepas kebakaran yang berlaku pada pukul 9.20 malam Sabtu.
Kebakaran memusnahkan hampir keseluruhan rumah bahagian tepi teres dua tingkat yang digunakan sebagai asrama untuk kakitangan Dr Hasmiza.
Mohd Nor Syamil dipercayai kakitangan Dr Hasmiza.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam berkata salah seorang daripada dua kanak-kanak lelaki ditemui dalam keadaan sedang duduk di atas lantai dan yang lain ditemui terbaring di atas lantai.
Samasuvam menambah, dua lelaki berjaya melarikan diri daripada kebakaran dengan melompat keluar dari tingkat atas. Salah seorang daripada mereka dipercayai patah kaki.
Jenazah kedua-dua kanak-kanak lelaki itu telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Meru pada kira-kira pukul 10 pagi Ahad. Al-Fatihah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.