Uncategorized

Babymoon Romantik Jovian Dan Isteri Di Itali

Share

Ahli perniagaan Jovian Mandagie telah memuat naik beberapa keping gambar dia bersama isteri babymoon di Itali baru-baru ini dengan mengharapkan doa dari peminat buat isterinya.

Memang sudah jelas kelihatan baby bump Nina dan semakin terserlah seri ibu mengandung.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh pasangan ini menerusi laman Instagram masing-masing, mereka berdua tampak sungguh romantik dan cukup bahagia.

“I am very fortunate that during Nina’s pregnancy (SO FAR) she had never demand nor craved for anything that is ridiculous. I have been warned by many friends that sometimes a pregnant woman’s cravings can get crazy.

 

 

“Paling susah nak dapat was Bebek bengil Bali during her first trimester, itu pun nasib baik i know how to cook! Her only wish during this pregnancy was to be in Amalfi coast & Positano, and this will be our last trip as a couple before the arrival of Baby JNM”

Para peminat mula menghujani ucapan tahniah termasuk rakan artis, Lisa Surihani.

Ada juga yang memuji Jovian seorang suami yang romantik dan melayan kerenah isteri ketika mengandung dan ramai mendoakan agar beliau bersalin dengan selamat nanti.

Jovian Mandagie bersama permaisuri hatinya, Nina Sabrina Ismail Sabri disatukan pada 11 Disember tahun 2013 di Muzium Diraja Istana Negara lama.

Semoga  Nina dan bayi sihat sehingga selamat dilahirkan nanti.

Foto : Instagram Jovian Mandagie

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

IKLAN