Penyanyi popular Baby Shima mengakui rasa bimbang apabila seorang peminat lelaki misteri yang didakwa terlalu obses terhadap dirinya.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut didkawa menghantar mesej tidak manis ke akaun Instagramnya kerana dikatakan cemburu melihat aksi Baby Shima bersama model-model ‘mat salih’ dalam muzik video (MV) terbaharu, Island Boi ciptaan Ezra Kong.

“Saya akui ini bukan kali pertama menerima mesej yang pelik-pelik macam ni. Biasanya saya anggap semua itu hanya usikan atau gurauan peminat.

“Namun, peminat kali ini agak merisaukan saya. Betul. Sebenarnya dia dah banyak kali mesej di Instagram (IG) saya, tapi apabila dia cakap yang bukan-bukan, saya jadi takut.

“Bukan itu sahaja, caranya yang terlalu obses dan meluahkan perasaan sayangnya, saya berasakan dia seorang yang gila seks dan psiko.

“Saya tak tahu apa yang dia bayangkan apabila tengok saya dalam MV Island Boi sampai terlalu obses.

“Katanya dia dah lama minat saya sehingga rasa cemburu tengok saya bersama model-model lelaki dalam MV lagu baharu saja iaitu Island Boi.

“Takkanlah disebabkan rasa cemburu dia, saya nak kena ‘korbankan’ lagu ini. Bukan bajet kecil untuk MV ini. Lagi pun aksi manja saya hanya untuk MV Island Boi, bukannya betul-betul pun. Hanya lakonan semata-mata,“ katanya.

Dalam masa sama, Shima turut mengakui terdapat komen-komen kurang menyenangkan apabila ada pihak menyalahkan dirinya.

Ads

“Tuduhan berat tu. Bagi saya, seseorang itu jadi gila seks bukanlah terjadi dalam waktu yang singkat.

“Ramai juga lelaki lain yang tonton MV itu, tetapi tak ada pun yang terlalu obses. Mereka relaks saja,” ujarnya.

Ketagihan Seks Bukan Perkara Main-main

Sementara itu, bagi doktor dan penceramah kesihatan, Dr Afif Mohd Ridzwan, ketagihan seks memang wujud dan dikenali sebagai hiperseksual atau sex maniac.

Ia termasuk dalam kategori penyakit mental jika tidak dikawal sehingga menjejaskan kehidupan.

“Dari sudut pandangan saya sebagai seorang doktor, jangan salahkan Baby Shima jika ada lelaki gila seks ‘serang’ dia. Lelaki seperti ini boleh ‘serang’ sesiapa sahaja tak kira artis atau bukan.

Ads

“Ini kerana sifat ketagihan terhadap seks dalam diri seseorang itu berlaku bukan dalam masa yang singkat dan banyak faktor lain yang menjadi punca.

“Ada punca-punca tertentu yang berlaku kepadanya sehingga membawa kepada ketagihan seks. Ia memerlukan masa.

“Pertamanya, ketagihan seks ini merupakan satu gangguan kepada pemikiran seseorang itu suka berfantasi tentang seks yang berulang-ulang, melakukan tingkah laku seks yang tak terkawal dan sebagainya.

“Kedua, mungkin juga seseorang itu menghidap bipolar disorder (perubahan mood yang ekstrem) yang boleh menyebabkan ketagihan seks.

“Individu ini mengalami peningkatan drastik dalam dorongan seks, sukar mengawal diri dan mempunyai tingkah laku seksual yang berisiko serta sukar dihentikan,” jelasnya.

Ads

Tambah Dr Afif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, punca ketagihan seks boleh berpunca daripada pendedahan pornografi berlebihan dan masalah emosi.

Malah, ia boleh berlaku disebabkan tekanan sosial yang mendorong seseorang melakukan aktiviti seks secara kompulsif meskipun sedar ia memudaratkan.

Dr Afif turut menyarankan agar mereka yang mengalami ketagihan seks mendapatkan rawatan segera serta membiasakan diri dengan aktiviti sihat.

“Jika seseorang itu mengalami ketagihan seks, adalah penting untuk mencari bantuan profesional dari pakar psikologi atau kaunselor yang akan memberikan rawatan sesuai untuk mengatasi masalah ini.

“Bukan itu sahaja, latih diri amalkan aktiviti sihat seperti berenang, hiking, sertai persatuan dan program kebajikan serta banyak lagi. Ia sedikit sebanyak, perlahan-lahan merawat ketagihan ini.

“Paling penting, untuk orang Islam dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa melakukan suruhanNya seperti solat, membaca al-Quran, berzikir, dengar ceramah agama dan sebagainya,” tambahnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads