Categories: Uncategorized

Baby Bump Fazura Kini Kian Jelas Kelihatan, Peminat Titip Doa – “Semoga Dipermudahkan.”

Share

Pelakon jelita, Fazura yang kini sedang hamil ada berkongsi foto terkini dirinya menerusi akaun Instagram miliknya.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Binti Sharifuddin itu memaklumkan dirinya ada temu janji pemeriksaan berkala bersama doktor.

“Doctor’s appointment,” tulisnya ringkas.

Malah, peminat turut meluahkan rasa teruja untuk menanti kelahiran cahaya mata sulung pelakon berusia 36 tahun itu.

“Wah ada baby bump, semoga dipermudahkan Allah segala urusan, aamiiin ya rabb,” tulis peminat di ruangan komen entri berkenaan.

Sekadar informasi, Fazura mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017. 

Foto: Instagram Fazura

IKLAN