Uncategorized

Azri AF Mengaku Bersalah Rendam Tangan Anak Tiri Dalam Air Panas, Dipenjara 14 Hari

Share

Akhirnya segala penantian terjawab apabila bekas peserta Akedemi Fantasia (AF) Azrie Abdullah telah mengaku bersalah mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas.

Azri telah dijatuhkan hukuman penjara selama 14 hari dan didenda sebanyak RM5,000 oleh Hakim Norshila Kamaruddin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Azri telah di dakwa dibawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu Azri didakwa telah menganaia kanak-kanak berusia 11 tahun dengan mencelup tangan anak kepada penyanyi serta juara Mentor, Salmah Andi-Asis bersama bekas suaminya itu ke dalam air panas di sebuah pangsapuri Subang Jaya 8pagi 2 tahun yang lalu.

IKLAN