Uncategorized

Azreen Dilapor Kritikal, Terpaksa Bergantung Kepada Ubat Tahan Sakit.

Share

Azreen Manan yang dimasukkan ke Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya sejak semalam, dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal selain terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit.

Azreen merupakan antara pelakon popular pada era 90-an.

Menerusi laporan Berita Harian Online, difahamkan beberapa organ dalam badan termasuk buah pinggang bintang berkenaan dikatakan gagal berfungsi hingga menyebabkan komplikasi.

Perkongsian tersebut dikongsikan suaminya hasil daripada pemantauan doktor.

“Kesihatan Azreen semakin merosot sejak seminggu lalu. Kelmarin, dia mengadu sakit perut. Kemudian ibu perasan beg untuk saluran air kencingnya tiada tanda-tanda perkumuhan.

 

“Saya terus pulang daripada tugasan di luar kawasan selepas menghubungi hospital. Kami diminta segera membawanya ke hospital untuk diperiksa dan dirawat,” katanya yang turut memberitahu, isteirnya itu masih sedar dan kenal orang-orang di sekeliling.

Malah, sejak semalam, dikatakan hampir 100 orang melawat termasuk saudara mara, kenalan dan rakan artis.

Untuk rekod, Azreen disahkan menghidap kanser servik tahap empat sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari.

Bagaimanapun, sel barah menyerang lagi sehingga beralih ke bahagian kaki pelakon berusia 41 tahun itu.

Foto: Carian Google

IKLAN