Ads

Azharina Cipta Sejarah! Satu-Satunya Anak Seni Yang Diraikan Di Anugerah 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026

Tahniah buat penyanyi Azharina Azhar, yang telah diraikan dalam majlis 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026 yang berlangsung baru-baru ini.

Ia sebagai penghargaan terhadap kepimpinan, semangat juang tinggi serta sumbangannya kepada wanita dan komuniti.

Majlis berprestij yang diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur itu disempurnakan oleh tetamu kehormat, YM Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan BCM.

Menariknya, Azharina satu-satunya anak seni yang menerima pengiktirafan tersebut, sekali gus membuktikan bahawa peranan figura dalam industri hiburan juga mampu memberikan impak besar kepada masyarakat.

Dalam ucapannya, penyanyi lagu Seandainya itu meluahkan rasa syukur di samping memberikan kata-kata motivasi kepada golongan wanita.

“Saya amat bersyukur dan terharu menerima penghargaan ini. Kepada semua wanita di luar sana, jangan mudah mengalah.

Ads

“Teruskan berusaha dan kekal positif walau apa pun cabaran yang dihadapi. Percayalah, setiap langkah dan usaha kita ada makna dan potensi yang besar,” katanya.

Azharina turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, IKSnita, Azharina Entertainment, pereka fesyen Nik Hafiz dan Anaff Maspur, jurusolek Ashy Reef, serta peminat setia, Azharina Angels.

Selain itu, Azharina juga tidak melupakan anak-anaknya, Rahmat dan Redha, yang menjadi sumber kekuatan dan inspirasi dalam kehidupannya setiap hari.

Azharina Cipta Sejarah! Satu-Satunya Anak Seni Yang Diraikan Di Anugerah 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026

Ads

Azharina Cipta Sejarah! Satu-Satunya Anak Seni Yang Diraikan Di Anugerah 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026 Azharina Cipta Sejarah! Satu-Satunya Anak Seni Yang Diraikan Di Anugerah 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026

Azharina Cipta Sejarah! Satu-Satunya Anak Seni Yang Diraikan Di Anugerah 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026 Azharina Cipta Sejarah! Satu-Satunya Anak Seni Yang Diraikan Di Anugerah 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026

Inspirasi Wanita & Peranan di Peringkat Serantau

Sebelum ini, Azharina juga pernah terpilih sebagai ahli panel dalam persidangan pertama ASEAN Women’s Conference on Best Practices (AWCOBP) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Ads

Penglibatan ini sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai wanita berpengaruh di peringkat serantau.

Pengiktirafan yang diterima ini menjadi pemangkin semangat untuk Azharina terus memberi impak positif kepada masyarakat, khususnya generasi muda.

Menurutnya, kejayaan bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi turut membawa tanggungjawab untuk menjadi contoh serta menyebarkan aura positif kepada orang sekeliling.

“Saya harap dengan penghargaan ini, saya dapat menyuntik inspirasi dan keyakinan kepada wanita di luar sana agar terus melangkah, berani bermimpi dan tidak mudah putus asa,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Dia Lalui Yang Indah-Indah, Ada Tempat Tinggal Selesa…,” – Abby Abadi...

Pelakon, Abby Abadi tampil memberikan respon susulan kenyataan seorang individu yang mempersoalkan tindakan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, yang berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada Ahmad Aslam.
error: Hello. Cannot.