Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC).
Persidangan berprestij ini dianjurkan oleh IKSnita dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah.
Azharina menjadi satu-satunya wakil anak seni dalam kalangan panelis jemputan dan dijemput khas untuk berkongsi pengalaman serta sumbangannya dalam bidang kemanusiaan dan kebudayaan, selaras dengan tema perbincangan bertajuk Women in Humanity and Culture.
Turut bersama-samanya di pentas forum tersebut ialah Ms Jumriati Abdullah dari Kelab PERWIRA Malaysia serta Puan Sri Datin Prof. Dr. Liana Lim, tokoh budaya dari keluarga Diraja Budaya Nusantara dan Kemanusiaan.
Sepanjang lebih dua dekad bergiat dalam dunia seni, Azharina bukan sahaja menabur bakti dalam bidang muzik, malah aktif dalam kerja kebajikan dan aktivisme wanita.
Dalam sesi tersebut juga, penyanyi lagu Seandainya ini berkongsi mengenai peranannya sebagai Presiden Kelab Artis 1 Malaysia Sabah (KA1MS) serta pelbagai inisiatif kebajikan yang pernah diketuainya.
Ads
Sumbangan, Kejayaan & Penghargaan
Antara inisiatif yang diketengahkan termasuk Konsert Amal Maya Azharina & Friends pada tahun 2021 yang bertujuan membantu mangsa banjir di Sabah.
Konsert berkenaan bukan sahaja berjaya mengumpul dana, malah membuka mata masyarakat mengenai keperluan mendesak mereka yang terkesan.
“Saya terlibat secara langsung dalam pengagihan bantuan makanan asas seperti beras kepada ibu tunggal dan anak-anak di kawasan Puchong.
“Bantuan ini memberi kesan langsung kepada keluarga yang memerlukan dan sering terpinggir dalam masyarakat,” jelas Azharina.
Ads
Pada masa sama, dia turut berkongsi bagaimana muzik digunakan sebagai medium memperkasakan wanita, antaranya melalui lagu-lagu seperti Hey Lelaki, Kita Selamanya, Realiti dan Cinta.
Selain itu, Azharina juga menyentuh pencapaian peribadinya termasuk kejayaan dalam pertandingan nyanyian, penerbitan dokumentari, serta pengiktirafan sebagai Tourism Icon of The Year (Celebrity) menerusi Malaysia Tourism Council (MTC) Gold Awards 2022 di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak.
“Saya berasa sangat bersyukur kerana dipilih untuk menjadi panelis di persidangan ini. Ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga, apabila dapat berkongsi pentas dengan wanita-wanita luar biasa dari Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei.
“Mereka hadir dengan aura positif yang luar biasa dan banyak memberi inspirasi kepada saya,” ujarnya lagi.
Ads
Pada masa sama, Azharina turut menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur.
“Saya berterima kasih kepada IKSnita terutamanya YBhg. Datuk Dayang Khatijah Datu Haji Bachtiyal selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dan juga pihak UiTM Sabah atas jemputan ini.
“Saya harap persidangan seperti ini akan diteruskan di masa akan datang kerana ia membuka ruang kepada lebih ramai wanita untuk menyuarakan pendapat, berkongsi inspirasi, dan membina jaringan sokongan yang kukuh di peringkat serantau,” katanya.
Terdahulu, persidangan ini telah dihadiri oleh tetamu kenamaan termasuk Yang Berhormat Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia; Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag serta Associate Professor Dr. Rozita @ Uji Mohammed.
Acara yang berlangsung juga membincangkan beberapa perkara lain, merangkumi pelbagai sesi pembentangan, forum panel dan jaringan kerjasama antara peserta dari seluruh ASEAN.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun difahamkan telah berpisah pada Mei lalu, pelakon Edika Yusof sekali lagi menjadi tumpuan apabila berkongsi satu hantaran menyentuh hati di Instagram.
Hantaran tersebut memaparkan ucapan istimewa buat Nor Hidayah Yusry, yang disifatkan sebagai wanita luar biasa dalam hidupnya.
“Kepada cinta hati saya, awak adalah sumber kekuatan dan lambang wanita hebat. Cinta hati di dalam hidup saya.
“Tiada apa yang tak boleh awak lakukan. Awak mengubah cabaran kepada keajaiban,” tulisnya.
Lebih menarik, Edika turut menggelarkan dirinya sebagai suami kepada Hidayah, seakan memberi bayangan hubungan mereka kini semakin baik dan mungkin telah kembali bertaut.
“Saya sentiasa mengagumi awak. Dengan penuh rasa cinta, suamimu Adika Yusof,” tulis Edika lagi.
Perkongsian tersebut segera dibanjiri komen positif daripada para pengikut dan peminat.
Rata-rata meluahkan rasa gembira melihat hubungan mereka kembali mesra serta menitipkan doa agar pasangan itu kembali bersatu secara rasmi.
“Alhamdulillah, semoga Allah pelihara anda berdua sentiasa.”
“Semoga yang baik-baik sahaja buat Abang Edika dan Kak Hidayah.”
“Lovely couple. Semoga kekal hingga ke syurga.”
“Alhamdulillah. Moga kali ini cinta lebih kuat dan menghargai antara satu sama lain.”
“Saya tumpang gembira. Semoga kalian sentiasa dirahmati,” antara komen yang tertera.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan digemparkan dengan penahanan pelakon terkenal, Choi Jung-won selepas beliu didakwa mengintai dan mengganggu seorang wanita di kediamannya baru-baru ini.
Menurut laporan media tempatan, insiden berlaku pada 16 Ogos lalu apabila aktor berusia 43 tahun itu dikatakan hadir di rumah wanita berkenaan sambil membawa senjata tajam. Perbuatannya itu mencetuskan kebimbangan sehingga mangsa membuat laporan polis.
Susulan siasatan, pihak Mahkamah Daerah Tengah Seoul telah mengeluarkan perintah perlindungan kecemasan pada 18 Ogos, yang melarang Choi menghampiri mangsa dalam jarak 100 meter dan berkomunikasi dengannya dalam apa jua bentuk. Dua hari kemudian, pada 20 Ogos, polis secara rasmi menahan beliau atas dakwaan menguntit.
Bagaimanapun, Choi menafikan semua tuduhan yang dilemparkan dengan alasan ia hanyalah salah faham berhubung konflik peribadi dengan bekas teman wanitanya. Beliau turut menolak dakwaan bahawa dirinya membawa senjata untuk mengugut mangsa.
“Tiada niat untuk mencederakan sesiapa. Semua ini berpunca daripada masalah emosi antara saya dan individu berkenaan,” katanya melalui kenyataan peguam.
Choi Jung-won mula dikenali menerusi penglibatannya sebagai anggota kumpulan duo K-Pop UN pada awal 2000-an, sebelum berjaya mengukuhkan nama dalam bidang lakonan.
Namun, kes ini dijangka memberi tamparan hebat terhadap kerjayanya memandangkan industri hiburan Korea amat sensitif terhadap sebarang kontroversi berkaitan jenayah.
Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan dan tidak menolak kemungkinan membawa kes ini ke mahkamah sekiranya terdapat bukti kukuh. Jika sabit kesalahan, Choi berdepan hukuman penjara serta reputasi yang musnah sama sekali.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia hiburan Indonesia berduka dengan pemergian penyanyi era 1980-an, Yetty Widjaja, yang cukup popular menerusi lagu tema filem remaja Catatan Si Boy V.
Khabar duka itu dilaporkan media tempatan selepas beliau ditemui tidak bernyawa di kediamannya pada Isnin, 15 Ogos 2025.
Kematian penyanyi bersuara merdu itu sekali gus mengakhiri perjalanan seni seorang artis yang pernah menjadi idola remaja pada zaman kegemilangannya.
Rakan artis, Stanley Tulung, turut berkongsi rasa sedih atas pemergian tersebut menerusi catatan di media sosialnya.
“Innalillahi wainnailaihi rojiun, Telah berpulang ke rahmatullah penyanyi senior Yetty Widjaja,” tulis beliau sebagai tanda penghormatan kepada rakan seperjuangan.
Menurut laporan, kematian penyanyi itu hanya disedari olah keluarganya sekitar jam 11 pagi dan mayatnya sudah kaku.
Yetty yang mula dikenali pada era 1980-an, meninggalkan legasi menerusi vokal lunak dan penuh perasaan.
Lagu-lagu nyanyiannya, khususnya runut bunyi Catatan Si Boy, masih segar dalam ingatan peminat dan menjadi sebahagian daripada sejarah budaya popular Indonesia.
Walaupun sudah lama menyepi daripada dunia hiburan, nama Yetty kekal disebut-sebut terutama apabila lagu-lagu lamanya kembali dimainkan di radio dan platform digital.
Kehilangan beliau disifatkan ramai peminat sebagai “hilangnya suara melankolis” yang pernah mewarnai era 80-an.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.