Selepas pembubaran kumpulan Azhael, nampaknya masing-masing mula membawa diri. Jika Hael semakin sukses dengan dunia nyanyiannya, Azhar pula kini mula menjinak-jinakkan diri dalam dunia lakonan.

Namun baru-baru ini menurut portal Gempak, Azhar dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta.

Azhar Osman Temui Pengganti Amira Othman?

 

IKLAN

Dikhabarkan hubungan mereka berdua telah menjalin cinta sejak 3 bulan yang lalu.

Walaupun masing-masing sudah mengenali ahli keluarga, bagi bekas peserta Akedemi Fantasia ini hubungannya bersama gadis tersebut masih terlalu awal untuk masuk ke fasa seterusnya.

IKLAN

Menurutnya lagi, sebelum ini kekasihnya itu langsung tidak tahu apakah statusnya sehinggalah dia menyedari jumlah followers Azhar di Instagram tinggi.

IKLAN

“Kami mengenali satu sama lain dalam sebuah acara pembukaan sebuah butik pakaian beberapa bulan lalu. Kemudiannya kami bertukar-tukar nombor telefon.

 

“Pada mulanya dia tidak tahu identiti saya, sehinggalah dia mengesyaki jumlah pengikut saya yang ramai di Instagram saya.

 

“Walaupun kami sudah mengenali keluarga masing-masing, namun masih terlalu awal untuk saya membawa hubungan ini ke fasa selanjutnya.

 

“Biasalah, mesti akan ada sedikit sebanyak rasa syakwasangka dengan status saya bergelar penyanyi,” jelas Azhar kepada Astro Gempak.

Azhar Osman Temui Pengganti Amira Othman?

Seperti yang semua tahu, sebelum ini Azhar pernah menjalinkan hubungan dengan bekas peserta Akademi Fantasi semusim dengannya yang popular menerusi lagu Hati-Hati, iaitu Amira Othman dan memutuskan hubungan pada awal tahun lalu.

Nampaknya Azhar semakin bahagia dengan pasangan barunya dan MH Online doakan terbaik buat mereka berdua. Steady lah!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI