Perjalanan Ayiena dan Maria Affendi dalam program realiti terbaharu, Raise The Star Malaysia (RTSMY) berakhir apabila mereka diumumkan sebagai dua peserta tersingkir pada minggu keempat.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi segmen Rise or Fall yang menjadi penentu nasib para peserta, malam tadi.

Sementara itu, Melinda Dadew mencuri perhatian apabila berjaya merangkul anugerah Gempak Star On Fire buat kali kedua berturut-turut.

Ia pastinya menjadi pencapaian membanggakan bagi peserta muda itu yang kini dilihat semakin menyerlah di pentas RTSMY.

Ayiena & Maria Pula Tersingkir! Tiada Rezeki Di Raise The Star Malaysia Ayiena & Maria Pula Tersingkir! Tiada Rezeki Di Raise The Star Malaysia

Ads

Rayme & Hariz Konsisten Di Kelompok The Five

Sementara itu, Rayme dan Hariz Fahayet terus mengekalkan momentum cemerlang apabila berjaya kekal dalam kelompok lima terbaik mingguan atau The Five.

Tiga nama lain yang turut tersenarai ialah Scha Nuril, Zury dan Pasya.

Prestasi baik mereka mendapat pujian barisan juri tetap yang terdiri daripada Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul, minggu ini.

Ads

Selain lima terbaik, peserta lain yang turut berjaya mara ke minggu kelima ialah Keka, Zuana, Sharee Lopes, Didie Shazry, Darling dan Aril Eles.

Malah Max Brandon, Melinda Dadew dan Alif Amie turut berjaya meneruskan saingan Ahad depan.

Peserta dinilai berdasarkan dua komponen utama iaitu 80% markah juri profesional dan 20% daripada undian umum.

Ads

RTSMY dihoskan oleh pengacara, Alif Satar dan Sherry AlHadad, bersiaran secara langsung selama lapan minggu dari Royale Theater Shah Alam.

Penonton juga boleh mengikuti siaran ini secara langsung di Astro Ria serta platform digital Astro GO dan sooka.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI