Uncategorized

Ayda Jebat Terharu Tercalon MTV Europe Music Award

Share

Wow, nampaknya nama penyanyi kecil molek ini kian melebar sayapnya ke peringkat antarabangsa.

Walaupun rezekinya sebagai pelakon tiba dahulu, namun dia tetap tidak mengalah dan meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Binti Jebat tercalon dalam senarai awal pencalonan kategori SEA Social Wildcard (Malaysia) mewakili rantau Asia Tenggara ke Anugerah MTV Europe Music Award 2017 (MTV EMA 2017) yang akan diadakan di London pada 12 November ini.

Turut bersaing dalam kategori itu ialah Raisa dari Indonesia; The Ransom Collective (Filipina), Sezairi (Singapura) dan Palitchoke Ayanaputra (Thailand) .

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Ayda, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar dan menulis perasaan terujanya.

“When I first decided to spread my wings and revisits the music industry it never even occur to me that it would brought me an unimaginable dream, possible. Really?”

”MTV EMA 2017 Southeast Asia Social Wildcard Nominee! Omg! Yes guys I’m being nominated! Indeed this is so unreal. I was speechless and could not breath out of excitement when I was told of this nomination and to top it all, this nomination is representing Malaysia as well. Amazing!”

 

“Alhamdulillah with all of your ‘Doas’. My impossible unimaginable dream came true. Thank you. ”

Perkongsian pelantun lagu Pencuri Hati itu telah menerima lebih daripada 11,890 likes

setakat ini. Rata-rata pengikutnya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat Ayda.

Dalam pada itu juga, dia juga mengajak peminatnya dan seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan undian yang boleh dilakukan secara percuma di laman Twitter.

Tahun lalu, penyanyi Yuna dan kumpulan Bunkface dicalonkan menerusi kategori Artis Asia Tenggara Terbaik pada MTV EMA2016. Namun, nasib tidak menyebelahi mereka

Sumber : Instagram Ayda Jebat, MTV EMA2016

IKLAN