Pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew kebelakangan ini sering berkongsi keadaan kesihatan bapanya yang kurang sihat.
Difahamkan, Ebit ketika ini sedang menjaga bapanya yang dikenali sebagai Ibrahim Lew di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM).
Ibrahim terpaksa ditahan di wad kira-kira sejak beberapa hari lalu selepas status kesihatannya merosot.
Sambil meminta ramai agar mendoakan kesejahteraan bapanya, Ebit di dalam satu perkongsian memberitahu bapanya kali ini mahu mendirikan solat secara duduk.
Malah dia turut berkongsian keperibadian bapanya sebagai pendiam tetapi penyayang.
“Pohon doakan buat ayah saya yer. I love you bapak. I love you. Dapat solat dengan ayah nikmat sangat besar. Saya kata ayah boleh solat atas katil jer. Katil ni boleh naikkan sikit.
“Dia kata saya nak solat atas kerusi. Beginilah kami semenjak saya kecil. Rindu nak peluk bercakap dan nak tengok ayah sihat.
“Ayah saya ni pendiam orangnya. Jarang bercakap tapi penyayang sangat. Walau muka serius. Ingat lagi tengah duduk rumah ayah bawa balik kereta mainan bentuk mercedes. Kereta control.
Ads
“Saya masa tu happy sangat. Berlari-lari saya. Kadang bila beli durian. Ayah beli satu guni. Masa kecil kami tunggu ayah buka durian. Rindu masa tu. Dan kadang beli ayamas. Makan bersama.
“Benarlah saat bersama keluarga walau sekejap ialah anugerah Allah terindah hidup ini. Ia tak dapat dibeli dengan wang ringgit,” tulisnya.
Perkongsian tersebut dikongsikan Ebit bersama pautan video solat bersama bapanya itu di Instagram.
Jelasnya lagi, dia sekarang turut sudah mengerti amanah bergelar bapa dan mendoakan kesihatan bapanya ke hadrat Illahi.
Ads
“Dulu masa remaja saya ke luar negara belajar. Setiap 2 hari tulis surat pada ayah. Arwah Mak kata setiap malam ayah ambil surat tu dan baca. Bila saya tanya dulu apa rahsia ayah kuat dan macam tak pernah sakit.
“Dengan dapat cium tangan ayah jer dah rasa semangat dalam hidup. Nikmat cium tangan ayah. Sentuhannya. Jawabnya saya kan ‘ayah’
“Sekarang bila dah jadi ayah. Baru saya tahu maksud perkataan itu. Menjadi ayah ini nikmat dan tanggungjawab. Saat kita diuji. Saya selalu cakap dengan syukur saya kena kuat saya kan ayah. Saya kan suami. Saya kan hamba Allah.
“Dia pilih saya dari 12 tahun untuk kerja khidmat ini. Inilah takdir hidup saya. Saya tidak akan berhenti kerana selepas dunia ini ada kehidupan akhirat. Selamatnya. Kita dibalas atas setiap apa kita lakukan didunia.
“Ya Allah berilah kekuatan dan semangat pada ayah. Kekuatan pada kami. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah. Benarlah kaulah pemilik dunia dan segalanya.
“Tidak akan menimpa apapun dalam hidup kami melainkan apa yang kau tentukan,” tulisnya panjang lebar.
Meninjau ke ribuan komen yang ditinggalkan, rata-ratanya meluahkan rasa sebak dan terharu atas perkongsian yang dibuat.
Malah, kebanyakannya juga turut menitipkan ucapan serta doa semoga kesihatan bapanya kembali baik seperti biasa.
Perkongsian tersebut sehingga kini sudah pun menerima lebih 1 juta tontonan.
Foto: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nabila Razali telah diundang untuk menjadi tetamu undangan untuk Carta Suria 40 di Suria FM bersama dengan penyampai radio, Fizi Ali.
Pelbagai perkara telah dikongsikan, antaranya mengenai kecaman dan kritikan yang sering diterima.
Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali berkata dia memandang perkara tersebut dari sudut yang positif.
Jelas penyanyi yang sinonim dengan lagu Peluang Kedua ini, insiden yang berlaku kepada dirinya telah banyak mematangkan dirinya.
“Saya tiada pengalaman dalam industri hiburan jadi bila saya masuk saya sedih sebenarnya, tapi saya suka nyanyi jadi saya nyanyi juga sebab saya buat benda yang saya suka,
“Nak kata lali tu tak adalah tapi saya dah terima layanan yang macam tu dari dulu cuma yang beza dengan sekarang dia bertambah sahaja,
“Macam sekarang umur pun dah 29, dulu umur 23 jadi sekarang berfikiran lebih matang. Jadi saya anggap benda ini semua satu rezeki dan ujian yang saya rasa Tuhan nak bagi untuk tengok kita ni sabar ke tak untuk capai apa yang kita nak,
“Rezeki kita tak boleh nak persoalkan sebab kalau kita tak percaya dengan rezeki maksudnya kita percaya dengan kuasaNya,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata semangat dan positif kepada penyanyi kelahiran bintang program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2013 ini.
Foto: Instagram Suria FM, Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Doktor selebriti, Dr Say Shazril mendedahkan usia kehamilan kedua isterinya, Dr Aziura Abas kini sudah pun memasuki bulan kelima.
Malah, Dr Say,32 turut memaklumkan isterinya dijangka bakal bersalin menjelang 31 Ogos depan dan kini, ibu dan anak yang dikandung berada dalam keadaan baik.
“Dah 5 Bulan, Tinggal 5 Bulan Lagi. Pejam celik pejam celik bini dah 5 bulan mengandung. Awai2 dulu dia dok bising “i tak nampak macam mengandung kan? Perut kecik je”.
“Tapi sekarang dia dok ulang “besar kan perut i? U taktau betapa beratnya bawak anak u ni”. Padahal sy tak cakap apa2 pun, haai wanita complicated sungguh pemikiran kalian ahaha.
“Anyway today was our detailed scan, Alhamdulillah otak, jantung, organ lain & tumbesaran baby nampak sihat. Expected date of delivery is on 31st August bersamaan Hari Merdeka tapi sy rasa bakal awal ni,” tulisnya.
Hos program My Doctors itu memberikan perincian panjang lebar menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.
Sementara itu, Dr Say turut mengakui proses kehamilan isterinya itu sedikit berbeza berbanding kehamilan pertama.
“Pregnancy bini kali ni sedikit berbeza tak macam masa mengandungkan Ace dulu.
“Masa Ace dulu bini boleh gi gym melompat bagai tapi pregnancy kali ni dia kerap kena gastrik, tak lalu makan kao kao, hidung tiap2 malam tersumbat & penat melampau.
“But then again not all pregnancy is the same. Apa2 pun bersyukur sesangat kandungan sihat. Sy risau sikit sebab bini tak berapa makan, kang tak dapat nutirisi mencukupi macam mana muka baby nak jadi sepadu #teamdaddy ahaha.
“Can’t wait for the arrival of our 2nd baby. Tadi berjaya nampak muka baby, nampak iras muka sy lebih kali ni kan? Alhamdulillah sejuk hati daddy ada anak ikut muka daddy,” tulisnya lagi.
Terdahulu, pasangan doktor ini mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Foto: Instagram Dr Say Shazril
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal arwah Abam Bocey iaitu Nor Hidayah ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Menerusi foto berkenaan, Hidayah berkongsi foto ketika bersama-sama menunaikan ibadah umrah dengan arwah Abam di tanah suci Mekah, kira-kira 2 tahun yang lalu.
Difahamkan, ini merupakan tahun kedua Hidayah menjalani ibadah puasa sebagai seorang yang berstatus ibu tunggal.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mengharapkan bulan Ramadan tahun ini dilimpahi rahmat serta kerberkatan dari Yang Maha Esa.
“Sentiasa mencintaimu CINTA SYURGA ku selalu doaku disetiap sujudku (Al-fatihah Suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar)..
“Xlama lagi Kita Menyambut Bulan Ramadhan, bulan Ramadhan telah datang rasa bahagia dan bersyukur sentiasa terasa bagi setiap umat muslimin di seluruh penjuru dunia. Bulan penuh kebaikan, keberkahan, bulan yang mulia dan penuh keampunan.
“Bulan Ramadhan adalah kesempatan terbaik yang Allah anugerahkan untuk kita semua, dimana bulan Ramadhan adalah moment terbaik untuk kita kembali kepada Allah s.w.t.
“Marhaban yaa Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan Selamat Menunaikan Ibadah PUASA kepada semua,” tulisnya.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.
Jenazah Abam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Arwah meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan seorang lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Foto: Instagram Nor Hidayah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...