Pengalaman terlibat dalam kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawa tentu sekali amat mengerikan bagi sesiapa sahaja yang terlibat.

Mungkin sebab itu lah, sukar bagi pelakon dan pengacara, Awal Ashaari untuk berkongsi pengalaman yang terpaksa dilalui apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya, 3 tahun lalu.

Sekali tengok kereta yang dinaikinya, tentu ramai yang menyangka bahawa orang yang berada di dalamnya sudah ‘tiada’ namun ternyata, ALLAH SWT lebih menyayanginya.

“Ini kali pertama saya membuka semula kisah yang sudah saya campak jauh-jauh dari hidup saya.

“Ketika kejadian saya sebenarnya demam dan duduk di kerusi penumpang sebelah kiri, ketika dalam perjalanan kereta yang dipandu rakan saya terbabas melanggar bahu jalan.

“Kemudian tercampak, terbalik dan melambung kira-kira 100 meter sebelum terhempas atas tunggul pokok yang baru dipotong.

“Ketika itu saya tergantung dan hanya sedar apabila dengar orang menjerit meminta tolong, saya nampak rumput dan kaki orang berjalan.

“Kemudian ada seseorang datang membuka tali pinggang keselamatan dan saya terjatuh. Kemudian dikejarkan ke hospital.

“Memang kalau imbas kembali kisah silam itu saya akan beremosi. Saya bersyukur diberikan peluang kedua ketika saya memikirkan saya hampir kehilangan semua insan yang saya sayangi dalam hidup,” katanya kepada Astro Gempak.

Awal kemalangan pada 29 Mac 2015 ketika dalam perjalanan ke Jom Heboh Melaka untuk mengacarakan program Melodi di sana terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Hentian Rawt & Rehat Ayer Keroh arah selatan.

IKLAN

Dia juga dilihat turut berkongsi satu video di laman Instagram miliknya mengenai peristiwa tersebut.

“Today 3 years ago, at 11.15am an incident changed my life and perseption forever. I was given a second chance at life which I promise, I will never take for granted.

“#DEMI anda semua, saya kongsikan video ini buat pertama kalinya dan harap agar ia dapat memberikan inspirasi buat semua. #tbt,” tulisnya di kapsyen video.

 Awal Ashaari Kongsi Pengalaman Sewaktu terlibat Kemalangan Kereta, 3 Tahun lalu

IKLAN

Jelas Awal lagi, berikutan kemalangan itu juga dia harus menjalani rawatan susulan selama setahun setengah.

IKLAN

 Awal Ashaari Kongsi Pengalaman Sewaktu terlibat Kemalangan Kereta, 3 Tahun lalu

“Saya patah tulang T2, L4 dan tulang Koksik, apabila duduk saya akan rasa berpasir dan saya terpaksa membawa ‘pengalas’ ke mana-mana saya pergi.

“Sampaikan orang ingat saya bawa pelampung Lara ketika itu.

“Tetapi sepanjang tempoh rawatan selama setahun setengah saya berhabis puluhan ribu untuk pelbagai rawatan, MRI, CT Scan, fisioterapi dan sebagainya.

“Sejak itu baru saya sedar betapa pentingnya insurans nyawa dan kesihatan,” tambahnya.

Sementara itu, Awal turut dilantik menjadi duta kempen #Demi untuk sebuah bank perdagangan terbesar negara pada 29 Mac lalu.

Sumber: IG Awal Ashaari & Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI