Categories: Uncategorized

Awal Ashaari Berang Pengikutnya Mengutuk Lara Alana

Share

Baru-baru ini, menerusi entri terbaru di Instagram pelakon Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari telah berang dengan seorang pengikutnya apabila individu itu telah menulis sesuatu yang tidak enak dibaca.

Individu terbabit telah mengeluarkan pendapat yang tidak berasas mengenai perkembangan tumbesaran anaknya, Lara Alana.

Pada awalnya, Awal memuat naik satu entri mengenai tokoh-tokoh yang berjaya tetapi bermula daripada usia yang lewat, tetapi ada seorang individu yang tidak senang hati mengaitkan perkara itu dengan Lara.

Individu tersebut telah menulis komen dan berpendapat Lara seorang kanak-kanak yang perlu dibawa berjumpa pakar kerana didakwa mempunyai masalah perkembangan otak yang lambat.

Malah pengikut itu juga menasihati supaya Awal dan isterinya, Scha Al-Yahya lebih banyak menumpukan kepada pembelajaran anaknya yang baru berusia tiga tahun berkenaan.

Oleh kerana terlalu berang dengan individu tersebut yang seolah seperti kurang ajar, Awal telah membalas komen dengan menyatakan lambat atau cepat perkembangan anaknya, ianya bukan masalah orang lain.

Malah, Scha yang biasa lebih suka berdiam diri turut memberikan komen yang sama dan memberitahu mereka mempunyai ‘team’ yang bagus untuk menyokong dan membantu perkembangan anaknya sejak usia 17 bulan.

Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan diberi oleh individu terbabit kerana beranggapan ia agak kasar.

Malah pengikut pasangan itu turut meminta Awal dan Scha untuk tidak mempedulikan komen dan kata-kata negatif dari mereka yang cuba menjatuhkannya.

 

IKLAN