“Awak singgah sekejap sahaja dalam perut mommy. Lepas itu, awak pergi. Comel la awak ni,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, isteri kepada pelakon Amar Baharin itu turut berkongsi foto keputusan ‘pregnancy test kit’ yang menunjukkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Namun, selepas beberapa hari berselang, Amyra difahamkan sekali lagi mengadakan ujian kehamilan tetapi kali ini keputusannya berbeza.
Bagaimanapun, Amyra tetap positif dan mengaggap belum rezeki buat dirinya untuk menimang cahaya mata ketiga.
Ads
“Tiada rezeki. Tak mengapa. Kita fokus rezeki yang ada sekarang. Kita jalani penggambaran dahulu. Let’s go!
“Jumpa Doktor Seri, automatik la kita terus sihat. Aura positifnya sangat dasyat. Terima kasih sister,” kongsinya lagi.
Malah, pada ruangan kapsyen, Amyr turut menuliskan tanda pagar #chemicalpregnancy dan #miscarriage.
Kehamilan kimia atau chemical pregnancy merupakan keadaan di mana keguguran berlaku pada peringkat awal kehamilan sejurus sahaja implantasi berlaku.
Sementara itu, Amar tetap reda dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.
Ads
“Allah sebaik perancang untuk perjalanan hidup dan mati hamba-Nya. Percaya pada qada’ dan qadar ketentuan Allah. In sha Allah terjaga iman mommy. Love you sayang. Be strong momy,” tulisnya di ruangan komen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa simpati selain turut memberikan kata-kata semangat buat Amyra sekeluarga.
“Takziah Amyra. Jaga diri,” balas pelakon Ummi Nazeera.
Ads
“Stay stromg mommy. In sha Allah ada rezeki lain,” komen Ayda Jebat.
“Dia tunggu di syurga tu dik,” komen Lufya Omar.
“Insha Allah ada hikmahnya,” komen netizen.
Sekadar informasi, Amyra dan Amar berkahwin pada 11 November 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Amyra Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Demi menyokong usaha murni untuk membantu golongan seni yang memerlukan, Saloma Kuala Lumpur memperkenalkan beberapa inisiatif untuk mengurangkan beban yang ditanggung mereka.
Antara perancangan yang dibuat termasuk menyediakan sumbangan untuk mengisi tabung khas bagi membantu insan-insan seni yang berhadapan kesempitan hidup atau menghidapi penyakit.
Tabung khas tersebut juga akan dibuka kepada pengunjung Saloma Kuala Lumpur agar mereka juga berpeluang untuk turut serta menghulurkan derma.
Presiden Kumpulan Saloma Kuala Lumpur, Datin Rosmariza Dato Che Umar berkata, bagi merealisasikan inisiatif tersebut, pihak beliau akan bekerjasama dengan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) bagi tujuan berkenaan.
“Restoran Saloma Kuala Lumpur akan menyemarakkan semangat setia kawan yang menjadi pegangan artis-artis lama seperti Puan Sri Saloma dan Tan Sri P. Ramlee sendiri.
“Inisiatif ini juga merupakan penghormatan kami kepada legenda seni dan budaya negara dan diharapkan nama-nama besar ini akan terus hidup melalui usaha menyantuni mereka yang masih ada bersama kita,” katanya.
Terdahulu, majlis doa Selamat ‘Malam Naungan Rahmat, Limpahan Berkat’ turut dianjurkan di Saloma Kuala Lumpur, baru-baru ini untuk memohon rahmat dan keberkatan.
Malah ia menjadi platform dalam membantu artis veteran yang telah banyak berjasa kepada industri seni tanah air seperti Zaiton Sameon, Isma Aliff, Sofia Ibrahim, Mak Jah, Shuib Freedom serta golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim dan pelajar tahfiz.
Terletak di tengah-tengah ibu negara, Saloma Kuala Lumpur menampilkan gabungan seni kulinari dan budaya warisan Melayu yang turut diinspirasikan oleh keunggulan seni Allahyarhamah Puan Sri Saloma dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Ia direka dengan elemen seni bina klasik Melayu, lengkap dengan dekorasi yang memaparkan era kegemilangan dua legenda seni negara tersebut.
Muzik latar di restoran ini turut menampilkan barisan lagu ikonik mereka, mencipta suasana nostalgia sambil para pelanggan menikmati pelbagai menu istimewa yang menggabungkan resipi Melayu tradisional dengan sentuhan moden.
Bakal beroperasi selama 24 jam, Saloma Kuala Lumpur juga dilengkapi dengan ruang jamuan eksklusif untuk majlis peribadi, kemudahan parkir yang luas serta pentas mini yang sesuai untuk persembahan nyanyian secara langsung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan pastinya sekali lagi menjadi sorotan apabila kembali membuat naik fotonya bersama aktor sensasi Indonesia, Jefri Nichol.
Foto yang dirakam kandid berdua itu dikongsikan adik kepada usahawan selebriti, Neelofa itu menerusi Insta Stories, pada Sabtu.
Perkongsian tersebut sekali gus mengesahkan lagi mengenai hubungan rapat di antara mereka berdua, apatah lagi dengan kapsyen pendek yang ditulis Ameera.
“I miss you,” luahnya sambil disusuli dengan emoji tanda hati yang berbalut.
Difahamkan, foto tersebut dirakam ketika Ameera atau nama penuhnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 24, berada di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Bagaimanapun, ini bukan pertama kali gelagat mereka mencetuskan perhatian dan menjadi bualan ramai memandangkan masing-masing pernah memuat naik foto dan video bersama di media sosial.
Malah mereka juga turut bekerjasama untuk satu jenama antarabangsa sebelum ini.
Terdahulu, ada yang mendakwa Ameera dan Jefri pernah menyulam cinta namun hubungan mereka dikatakan putus di tengah jalan sekitar Oktober 2021 setelah wanita itu tidak lagi mengikuti Jefri dalam Instagram.
Namun pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan mereka dikhabarkan kembali bertaut selepas aktor itu menghubungi Ameera menerusi panggilan video.
Tular juga sebelum ini satu rakaman video sesi siaran langsung Ameera memaklumkan dirinya lebih tertarik dengan lelaki Indonesia kerana menganggap mereka lebih romantik dan lemah lembut apabila berbicara dengan wanita.
Namun tiada kenyataan mengenai perkara itu daripada diri masing-masing setakat ini, melainkan kapsyen dan pelbagai perkongsian di media sosial sahaja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan pelakon, Sherry Al Hadad tampil sebagai pengganti kepada rakan hos program Gegar Vaganza 11 (GV11), Jihan Muse bermula minggu kelima konsert.
Untuk minggu-minggu yang seterusnya, Sherry akan bergandingan dengan Nabil Ahmad bagi memberi laluan kepada Jihan untuk membuat persiapan melahirkan anak ketiganya, tidak lama lagi.
Terdahulu, penampilan Sherry menggamatkan suasana di Auditorium MBSA Shah Alam apabila muncul sebagai rakan duet kepada Nabil dan Jihan malam tadi menyampaikan lagu popular Fazura dan Fattah Amin, Bertahan Demi Cinta.
“Aku nak rehat, dah nak beranak ni. Aku tak beli baju anak lagi, banyak kerja. Jadi aku nak berehat,” kata Jihan sebelum memulakan segmen terakhir, Ada Lagu Ada Lagi.
Nabil pada masa sama turut mendoakan agar urusan rakan hosnya itu dipermudahkan.
“Kita doakan semoga urusan Jihan dipermudahkan Insya-Allah amin. Dikurniakan anak yang soleh solehah, dapat membantu ibunya,” titip Nabil.
Sementara itu, rata-rata warganet yang memahami mengenai keadaan terkini Jihan yang berbadan dua menyambut baik kehadiran pengacara berusia 40 tahun itu mengendalikan program realiti popular berkenaan.
GV11 kali ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dengan dimeriahkan dengan kehadiran Sherry Alhadad sebagai pengacara ketiga.
Kesemua bintang diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
GV11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu dan ancangan ini juga dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Foto: Azrul Rafie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.