Uncategorized

“Awak Kan Artis Malaysia, Kenalah Jaga Sensitiviti,” – Apa Motif Netizen Cakap Macam Tu Pada Adeline Tsen?

Share

Foto terbaru pelakon, Adeline Tsen mendapat perhatian netizen apabila ia dilihat agak ‘seksi’ di mata netizen.

Dalam foto tersebut, kelihatan Adeline memakai pakaian yang menunjukkan ‘lurah dendamnya’.

“Sweet Dream Shinebright,” tulisnya di kapsyen

Susulan itu, ramai yang memberikan komen memanggilnya ‘hot’ terhadap pelakon drama Shh…I Love You itu.

Bagaimanapun, ada juga yang meminta agar Adeline mejaga sikap dan tidak memakai pakaian yang seksi bagi menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.

Sebelum ini, sudah ramai selebriti Malaysia yang menerima kecaman dan nasihat berkaitan dengan soal pemakaian ini. Antaranya adalah Sharifah Sakinah, Zizi Kirana, Reen Rahim, Ameera Khan dan ramai lagi.

Pada MH, tidak salah jika mahu menegur asalkan tidak mengaibkan seseorang itu ya!

Foto/Instagram: Adeline Tsen

IKLAN