Pelakon, Raja Farah yang kehilangan datuknya pada Isnin lalu berkongsi rasa rindu terhadap arwah datuknya.

Berkongsi di Instagram, Farah mengakui bahawa dia tidak begitu rapat dengan datuknya namun ada momen-momen indah yang sempat dirasainya bersama-sama.

“Allahu…tiba2 rasa rindu sgt pada arwah Atuk…now dia dah “pergi”, dah tak de dah yg tua dlm family.

 

“Atuk meninggal pada usia 92 tahun…nak di fikir kan blk, bersyukur sgt Allah beri umur yg pnjg pada Atuk…dpt laa cucu2, cucu2 menantu & cicit2 kenal dgn Atuk..tak semua org dpt pengalaman yg sama kan?

 

“Farah tak begitu rapat dgn Atuk, sbb Atuk tak pernah jaga Farah…tapi satu memori terpahat, Atuk senyum gembira sehingga berair di mata bila mendengar berita kehamilan Farah tahun 2016 dulu.

 

“Bersungguh Atuk ucapkan syukur pada Allah…sungguh, bila teringat blk, Farah menangis.

 

“Gambar ni adalah yg terakhir sempat Farah ambik sebelum Atuk sakit terlantar & pergi meninggalkan kami semua pada 17 Sept 2018 jam 6:30 ptg.

 

“Klu tgk Atuk Pejam mata tu, Atuk sedang menyebut nama Allah, berzikir & berselawat menahan kesakitan.

 

“Ya…Allah lebih Sayang kan Arwah Atuk…kami sekeluarga bersyukur, segala urusan pengebumian berjalan lancar & dipermudahkan…Alhamdulillah,” tulisnya.

IKLAN

Susulan itu, ramai yang mengucapkan salam takziah buat Farah dan keluarga.

“Atuk Senyum Gembira Bila…,” Raja Farah Kongsi Kenangan Bersama Arwah Atuk

IKLAN

“Atuk Senyum Gembira Bila…,” Raja Farah Kongsi Kenangan Bersama Arwah Atuk

IKLAN

Kehilangan orang tersayang memang menyakitkan. Di kesempatan ini, MH ingin mengucapkan salam takziah buat Farah dan keluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Foto/Instagram: Raja Farah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI