Uncategorized

Atlet Terjun Negara Dakwa Diperkosa Jurulatih

Share

Seorang atlet terjun negara wanita mendakwa dirinya telah diperkosa di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil pada 26 September lalu.

Menurut Sinar Harian kejadian itu difahamkan berlaku kira-kira jam 5.30 petang dan pada ketika itu mangsa sedang berehat di tepi kolam.

Kemudian mangsa telah diarahkan oleh ketua jurulatih untuk pergi ke ‘dry gym’ untuk mengambil kerusi dan ditemani oleh jurulatih lain untuk membantu.

Walau bagaimanapun, semasa di ‘dry gym’ tersebut mangsa telah diarahkan oleh suspek untuk menemaninya sebelum dia dipeluk.

Suspek telah bertindak di luar kawalan dengan menarik mangsa ke dalam tandas selepas mangsa menolak suspek tersebut.

Atlet tersebut telah diperkosa dan diugut oleh suspek agar tidak memberitahu kejadian yang berlaku itu kepada orang lain.

Rentetan daripada hal itu, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling pada 1 Oktober yang lalu bersama keluarganya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh telah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan dia memaklumkan bahawa seorang jurulatih warganegara tempatan yang berusia 35 tahun telah ditahan semalam di Kompleks MSN.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur ini lagi, mangsa membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya dan suspek kini sedang direman selama lima hari sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian
Wartawan: Muhammad Afham Ramli & Mohd Fahmi Ismail

IKLAN