Pelakon Atikah Suhaime menjelaskan fotonya yang dilihat sopan berbaju kurung dan bertudung yang dirakam bersama kekasih Datuk Lokman Teh adalah sewaktu mereka menghadiri kurus kahwin baru-baru ini.
Ia sekaligus menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa mereka sudah pun mendirikan rumah tangga.
“Itu gambar kami hadir kursus perkahwinan di Masjid Wilayah Persekutuan,” katanya, lapor Harian Metro.
Terdahulu, Atikah memuat naik gambar dia bersama jejaka itu di Instagram dengan kapsyen, ‘Baby @lokmantea’.
Serentak dengan perkongsian terbabit, Atikah turut menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat yang mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Ads
“Terima kasih kepada semua pengikut dan rakan-rakan kerana mendoakan kami. Insya-Allah kami rancang untuk nikah pada Januari tahun depan,” katanya yang sudah bergelar tunang kepada Lokman sejak dua bulan lalu.
Malah ada di antara komen yang ditinggalkan pada hantaran terbabit mendapat reaksi balas daripada Atikah sendiri.
Ads
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 11,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menekankan isu kritikan sosial yang dihadapi generasi muda, filem pertama arahan Zizan Nin berjudul Sazali Meor Coco mendapat reaksi positif penonton.
Biarpun ada yang menganggap filem Sazali Meor Coco penuh kemarahan, sarat sindiran dan banyak rempah ratus, namun rata-rata penonton menerima isu yang diketengahkan dalam naskhah pertama terbitan Aquila Emas Sdn Bhd itu.
Sazali Meor Coco menampilkan bintang baharu seperti Syazani Zikry (Sazali), Coco (Iman Zulkarnanin) dan Meor (Shah Radhy).
Zizan berkata, dia terharu atas penerimaan baik penonton.
“Saya bersyukur mendapat rebiu positif penonton. Paling terharu, ada penonton yang berjaya kupas isu yang saya ketengahkan dalam filem dengan terperinci.
“Tema bergenre drama dan kritikan sosial bukan hiburan semata-mata, tetapi ada mesej sebaliknya.
“Sebagai pengarah dan penerbit, saya juga sudah dirisik oleh beberapa pihak yang ingin menganjurkan tayangan ekslusif di beberapa forum dan sesi akademik.
“Ini kerana isu yang diketengahkan relevan dengan realiti kehidupan hari ini. Sebenarnya, itulah cabaran saya mengarahkan filem ini, di mana saya perlu mencari titik temu untuk mengetengahkan ‘pressing issues’,” katanya.
Zizan menambah, dia juga terharu mendapat reaksi positif penggiat industri perfileman seperti Datuk Mahyidin Mustakim, Datuk Jurey Abdul Latiff, Zed Zaidi dan ramai yang hadir memberi sokongan pada malam gala.
“Mereka menganggap filem Sazali Meor Coco ada kelainan dalam penyampaian mesej, selain diselitkan dengan lagu-lagu yang menghiburkan.
“Ada juga menyifatkan filem ini menyelitkan banyak pengajaran, maksud mendalam dan dapat menggarap bakat tiga pelakon baharu dengan baik,” katanya.
Selain itu, filem Sazali Meor Coco sudah ditayangkan di Asian Content & Film Market (ACFM), Busan, Korea pada 7 hingga 10 Oktober yang lalu sempena Busan International Film Festival.
Zizan tak nafikan, cabaran tetap ada dalam menyampaikan isu-isu berat dengan cara santai, ringan dan boleh diterima.
“Saya sengaja memilih paparan realiti kehidupan hari ini dengan mengetengahkan isu gelandangan, penderaan kanak-kanak, warga emas yang terpinggir, kemiskinan bandar, media sosial yang menjadi sebahagian kehidupan generasi kini, selain isu di belakang tabir,” katanya.
Penerima trofi Pelakon Harapan, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 pada 2007 itu berkata, dia sudah melihat banyak hantaran dalam media sosial mengenai filem Sazali Meor Coco.
“Saya terharu ramai TikTokers, warganet dan penonton mula mengupas mesej yang cuba disampaikan dalam filem ini.
“Saya tak kisah dikritik dan terima dengan hati dan minda terbuka. Bagi saya, itu lumrah dan hak masing-masing dalam menyuarakan pandangan.
“Saya juga ada membaca hantaran mengkritik poster filem. Apa yang boleh saya katakan, ini adalah karya kreatif, jadi ‘dont judge the book by it’s cover’,” katanya.
Sazali Meor Coco menceritakan tiga beradik iaitu Sazali, Coco dan Meor berhijrah ke bandar untuk mencuba nasib menjadi bintang terkenal.
Namun, impian yang ingin dicapai bukan mudah kerana mereka perlu berdepan pelbagai dugaan.
Mempertaruhkan tiga bakat baharu sebagai watak utama, Zizan berkata, dia mahu melahirkan lebih ramai pelakon pelapis.
Bagi Zizan, apa yang penting adalah komitmen dalam menjayakan watak.
“Saya tak pandang populariti, sebaliknya semua barisan pelakon perlu datang uji bakat. Saya tidak kira sama ada pelakon nama besar atau bakat baharu.
“Ini kerana mereka perlu memberikan komitmen 100 peratus. Filem adalah projek besar dan serius,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang individu tampil mempertikaikan kuputusan isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri yang meletakkan nama ibunya sebagai penjaga kedua bagi dua orang anaknya.
Menurut individu itu lagi, Shuhada dilihat seperti terlalu mengejarkan dunia glamour sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Memang patut dia jaga pun. Anak kecil lagi, si mak duduk sibuk sangat sampai tiada masa. Dah tu pergi mahkamah nak mintak letak nama si nenek untuk jadi penjaga kedua.
“Tak ke terang lagi nyata si mak kepada budak-budak ni busy sangat dengan kehidupan ala glamorous dia ni? Kalau nak sangat jaga anak, nak menang hak jaga, tak payah letak nama mak hang sebagai penjaga kedua kot. Toxic gila.
“Lagi toxic dari bekas laki dia. At least bekas laki dia tak merentan sangat dekat social media. Ada batas nak kena jaga. Selalu lepas cerai, kebanyakannya lelaki yang bukan main merentan.
“Ni terbalik. Kesian anak-anak jadi game kat court,” tulisnya.
Enggan berdiam diri, Shuhada tampil mempertahankan dirinya untuk menjawab tomahan daripada individu yang dipercayai berselindung di belakang akaun palsu.
Jelas Shuhada, dia harus keluar bekerja bagi menyara kedua-dua anaknya.
“Ini contoh manusia gigih buat fake account nak tembak benda terang terang perkara bullshit. Kita simpan buat proofs siapa yang merentan.
“Dah kalau tak busy cari duit, kau nak kasi duit ke? Sembang la ada batas nak kena jaga,” tulisnya di Instagram Stories.
Lantaran itu, Shuhada turut mendedahkan dirinya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya individu berkenaan terus mengganggu dan melontarkan tuduhan tidak benar.
“Sekali lagi jangan jolok sarang tebuan, sendiri menyesal nanti. Aku bukan Shuhada yang lama bro yang bodoh. Sekarang, kau cari pasal, kau menjawab,” akhirinya.
Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Shuhada memaklumkan mahmakah telah menetapkan Januari 2024 sebagai sebutan baharu bagi keputusan hak penjagaan anak-anaknya.
Sekadar informasi, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shuhada Shukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai satu daripada usaha berterusan syarikat Philip Morris Malaysia Sdn. Bhd. (PMM) untuk membawakan era bebas asap rokok ke negara ini, baru-baru ini syarikat berkenaan telah melancarkan peranti terbaharunya yang lebih inovatif.
Bagi mengurangkan mudarat khusus kepada perokok dewasa sedia ada, peranti yang dipertingkatkan itu menyediakan alternatif yang lebih baik dan dikenali sebagai IQOS ILUMA.
Menurut kenyataan Pengarah Urusan PMM, Naeem Shahab Khan, peranti terbaharu ini telah dibangunkan dengan teknologi terbaharu dan lebih menarik, ianya merupakan hasil daripada maklum balas pengguna terhadap produk IQOS terdahulu bagi memberikan kepuasan sebenar.
Menggunakan Smartcore Induction System dan Terea Smartcore Stick, IQOS ILUMA tersebut akan menghasilkan wap tembakau yang konsisten tanpa bau yang kurang menyenangkan dan habuk.
Berlainan daripada peranti IQOS sebelum ini, IQOS ILUMA tampil dengan teknologi tanpa bilah supaya ia tidak perlu dibersihkan kerana tiada sisa tembakau akan terhasil.
Dalam masa yang sama, PMM percaya bahawa ILUMA akan menggalakkan semakin ramai perokok untuk beralih kepada alternatif yang lebih baik dan mewakili lonjakan penting dalam usaha syarikat berkenaan untuk mempercepatkan pencapaian Malaysia bebas asap rokok.
Kajian menunjukkan IQOS ILUMA mengurangkan sehingga 95 peratus bahan kimia berbahaya berbanding rokok tradisional kerana tiada pembakaran tembakau berlaku.
Pun begitu, Naeem menegaskan ini tidak bermakna risiko turut berkurangan sebanyak 95 peratus dan IQOS bukanlah peranti bebas risiko.
Ketika ini, dianggarkan 27.4 juta pengguna IQOS di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, kira-kira 19.7 juta sudah meninggalkan rokok tradisional sepenuhnya.
IQOS ILUMA didatangkan dalam tiga reka bentuk dan ianya boleh dibeli di 23 pusat jualan, kedai-kedai serbaneka di seluruh negara dan juga secara dalam talian.
Sehingga 30 September 2023, produk bebas rokok PMI tersedia di 82 pasaran di seluruh dunia. Kajian saintifik menyokong pembangunan produk inovatif bebas rokok PMI. Syarikat itu menggaji lebih daripada 1,500 orang untuk melaksanakan R&D dalam dua fasiliti R&D–di Neuchâtel, Switzerland, dan Singapura dan telah menyatakan cita-citanya untuk tersedia di 100 pasaran dengan produk bebas asap rokok menjelang 2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh...