
Pernah melalui dalam hubungan toksik, pelakon dan penyanyi, Athalia akui pengalaman lampau banyak membantunya menjiwai watak dalam drama terbaharu, BF Green Flag.
Menurut Athalia, mesej yang ingin diketengahkan dalam drama ini sangat dekat dengan dirinya sehingga ada kalanya dia berasa trauma.

“Salah satu faktor yang membantu saya menjiwai watak ini adalah saya sebenarnya pernah terlibat dalam hubungan yang toksik dan ‘abusive’.
“Saya lalui pengalaman itu ketika usia saya masih lagi muda. Mungkin disebabkan teman lelaki saya selalunya orang yang jauh lebih berusia,” katanya.
Tambah Athalia, emosi yang dibawa ke set penggambaran sering hadir secara semula jadi apabila melakonkan babak berat.

“Jadi, ketika saya jalani penggambaran dan melakonkan babak seperti kena marah atau dipukul, perasaan itu bukan dibuat-buat.
“Bila habis sahaja penggambaran babak tersebut, saya masih lagi agak trauma dan jantung saya berdegup laju.
“Boleh dikatakan 50 peratus daripada drama ini berkait rapat dengan kisah saya,” katanya lagi.
Anak kepada penyanyi dan pelakon, Sharifah Zarina itu berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media BF Green Flag, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Athalia tetap bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan pelakon yang memahami serta sentiasa menenangkannya sepanjang penggambaran.

“Bila saya terlibat di dalam drama ini, saya jadi teringat semula kejadian lampau. Padahal, saya sudah tutup buku. Agak susah untuk saya mengatasi perasaan itu.
“Namun, rakan-rakan pelakon juga banyak membantu. Rata-rata mereka seusia dengan saya. Kita selalu bercakap soal itu dan mereka selalu tenangkan saya.
“Saya jadi selesa dan mereka sangat boleh dipercayai. Saya rasa selamat bila bersama mereka,” ujarnya.
Berhati-hati Dalam Perhubungan
Kongsi Athalia lagi, pengalaman lampau juga turut membuatkannya semakin rapat dengan ibunya dan lebih terbuka untuk berkongsi tentang perhubungan.

“Ketika ini, saya ada ‘bodyguard’ sekiranya ingin berkenalan dengan orang baharu. ‘Bodyguard’ itu ialah ibu saya.
“Dia akan nilai dahulu orang baharu itu melalui penampilan mereka di media sosial.
“Malah, saya juga tidak boleh keluar dengan mana-mana lelaki jika dia tidak berjumpa dan minta izin daripada ibu saya dahulu,” katanya.
Malah Athalia tidak menafikan, perubahan itu hadir seiring kematangan.

“Dahulu, mungkin saya agak bebas untuk berjumpa dengan sesiapa. Namun, bila sudah meningkat dewasa, saya makin selesa untuk bercerita dengan ibu. Kami juga semakin rapat.
“Ibu tak nak saya buat pilihan salah lagi. Sebab itu dia agak tegas,” akhirinya.
Drama BF Green Flag bakal ditayangkan di platform MYTV bermula 13 November ini dan turut dibintangi Syazwan Razak, Azhan Rani, Dafi Ismail dan Dottie.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




