Usahawan Kosmetik, Safiey Illias akhirnya bersuara setelah sering kali ‘ditegur oleh pendakwah bebas, PU Amin menerusi laman media sosial.

Safiey berbuat demikian setelah satu portal mendedahkan ‘sikap sebenar’ yang dimiliki oleh pendakwah tersebut kononnya dia hanyalah ‘another dumb celeb’ dan juga ‘zero substance’.

“Sori lah tak tahu lah betul ke fitnah ke, PU ni pun penah fitnah saya cakap masa Majlis bersama anak yatim ada mak nyah menari depan anak yatim, program mereka waktu petang.

 

“Mereka dh balik dan turun bawah beli baju baju sebab happy dapat duit raya. Program mak nyah menari tu waktu malam di sesi program lain,” tulisnya di Instagram.

Pernah ‘Ditegur’ PU Amin, Akhirnya Safiey Illias Buka Mulut!

Bagaimanapun, Safiey bertindak memadam entri tersebut di laman Instagramnya.

IKLAN

Terdahulu, PU Amin menggunakan laman media sosialnya untuk ‘menegur’ golongan LGBT khususnya Safiey Illias.

Pernah ‘Ditegur’ PU Amin, Akhirnya Safiey Illias Buka Mulut!

IKLAN

Malah dia juga mengatakan bahawa caranya itu adalah yang paling berkesan kepada orang muda berbanding dengan berceramah di masjid-masjid yang kebanyakannya dihadiri oleh kaum-kaum ‘bapa’ sahaja.

Pada MH, kesabaran seseorang itu ada hadnya. Setelah lama bersabar, akhirnya Safiey meletup juga kan?

IKLAN

Apa-apapun, janganlah kita mudah untuk menjatuhkan hukuman tanpa tahu perkara sebenarnya. Mungkin netizen boleh ambil iktibar daripada perkara ini iaitu jangan cepat sangat nak ‘mengecam’ ya!

Foto/ Instagram: Safiey Illias

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI