
Di tengah-tengah gemerlap dunia kreatif negara, Kancil Awards sekali lagi berdiri tinggi sebagai mercu hebat penghargaan seni iklan Malaysia. Kancil Awards kembali mengangkat martabat seni iklan Malaysia, kali ini dengan tema berani: “Make It Happen On The World Stage”. Sejak 1978, anugerah ini menjadi mercu tanda kreativiti, dan tahun ini ia menutup tirai Kancil Creative Festival 2025 yang berlangsung di EX8 Subang Jaya dengan kehadiran hampir 1,500 tetamu.
Penganjur, Emir Shafri dan Jasmin Omar berkongsi, “Tahun ini menunjukkan sejauh mana kita telah berkembang sebagai sebuah komuniti. Apa yang bermula sebagai malam anugerah di dewan kini menjadi sebuah festival yang dibentuk oleh industri sendiri, dan kepelbagaian karya serta suara mencerminkan komuniti yang lebih yakin, bersatu dan kolaboratif berbanding sebelumnya.
“Melihat pelajar, pencipta, pengarah baharu, agensi indie, syarikat produksi dan rangkaian global berganding bahu amat menginspirasikan. Apabila ekosistem saling menyokong dan mencabar, hasil kerja akan meningkat secara semula jadi. Kami bangga melihat rakyat Malaysia mengangkat sesama sendiri, dan kami percaya momentum ini akan membawa idea kita ke pentas dunia.”
Meneruskan peranannya sebagai penanda aras kreativiti, Kancil Awards tahun ini diserikan lagi dengan kehadiran Astro sebagai rakan media rasmi. Penyertaan ini bukan sekadar kolaborasi teknikal, tetapi sebuah usaha mempertemukan bakat kreatif, kuasa bintang serta denyut pop culture dalam satu festival yang mengikat industri dan masyarakat dengan tali imaginasi yang sama.
Astro hadir bukan sebagai penonton, tetapi sebagai nyalaan yang menghidupkan festival dengan idea nan bernas. Tidak sekadar sebagai rakan media rasmi, bukan sekadar penyokong teknikal tetapi pemacu naratif budaya. Kehadiran ini menghubungkan dunia iklan, hiburan dan budaya pop dalam satu ekosistem kreatif yang semakin matang.
Astro mengambil tempat di pentas Kancil Creative Festival Conferences 2025 dengan membawakan sesi bual bicara secara langsung yang dihoskan oleh Keanu Azman bersama dua panel istimewa, Raja Jastina Raja Arshad dan Alex Goh, melalui tema “Beyond Ads: Brands as Part of Culture”.
Festival ini turut menampilkan persembahan pentas yang dibawakan oleh Astro yang diserikan oleh Hael Husaini dan Kumpulan Alpha dengan vokal penuh emosi simbol bahawa kreativiti merentasi medium, dari lensa kamera ke pentas muzik.
Semua Mata On Us!
Di sebalik persembahan pentas yang segar, Kancil Awards 2025 bukan sekadar tentang hiburan. Malam penuh kreativiti ini menyaksikan Astro bukan hanya berkongsi pandangan dan pengalaman, tetapi juga mencuri perhatian dengan kemenangan yang bergaya. Astro membawa pulang trofi hasil kempen berimpak tinggi yang bukan sahaja mencetus perbualan, tetapi menetapkan standard baharu dalam dunia pemasaran promosi serta kandungan.
Antara yang mendapat perhatian adalah kejayaan Astro Originals, One Cent Thief 2, Astro One dan Klinik Pontianak, Tempat Letak Harmoni, sooka giler serta Lain Macamnya Raya Astro Raya 2025.
Astro Originals, One Cent Thief 2
Lain Macamnya Raya Astro Raya 2025
Tempat Letak Harmoni
Tahniah Buat Astro!
Berikut adalah senarai lengkap pemenang:


SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




