Walaupun saling berjauhan dan jarang bertemu, Ashraf Sinclair mengakui sangat merindui adik-beradiknya iaitu Aishah Sinclair dan Adam Sinclair.

Lantaran itu, bintang filem Gol & Gincu ini berharap agar mereka adik-beradik akan sentiasa berhubung di antara satu sama lain walau di mana pun berada.

“Mana tak rindu, saya sendiri menetap di Indonesia lebih 10 tahun. Kadang-kadang saya sangat rindu akan Aishah dan Adam.

 

“Saya akan teringat dengan gelagat adik-adik saya, jadi walaupun tak jumpa, rasa rindu itu sedikit sebanyak terubat juga.

 

“Alhamdulillah, keluarga saya juga besarkan kami adik-beradik dengan baik,” katanya pada Media Hiburan.

Ashraf Sinclair Gembira Yuna Bakal Jadi Adik Ipar

IKLAN

Pada masa sama, selebriti berusia 37 tahun ini juga melahirkan rasa kesyukuran di atas pertunangan adiknya, Adam dengan penyanyi terkenal, Yuna.

“Yuna adalah wanita yang sangat hebat, kreatif dan bijak.

 

“Saya gembira kerana Yuna bakal menjadi sebahagian besar daripada keluarga kami,” kata suami kepada Bunga Citra Lestari ini.

Jelasnya, Adam pula seorang yang berkarakter, idealistik dan memang suka berada di belakang kamera.

IKLAN

“Dia adalah pengarah yang punya view unik dan tersendiri.

 

“Saya bersyukur Adam dah pun menemui cinta hatinya.

 

“Nasihat untuk untuknya? Hmmm.. Tiada, lagipun ada ke adik mahu dengar cakap abang? (ketawa),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ashraf bakal muncul dengan drama mini bersiri Do[s]a, tidak lama lagi.

IKLAN

Selain Ashraf, ia turut dibintangi Datuk M. Nasir, Remy Ishak, Reuben Elishama, Maudy Koesnadi, Hannah Al Rashid, Tegar Satrya, Roy, Shenty Feliziana serta Hisyam Hamid.

Do[s]a diarahkan pemenang Anugerah Pengarah Terbaik Citra Award Indonesia, Ifa Isfansyah.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI