Kakak kepada usahawan sensasi, Kak KM iaitu Rose Azlin Rosli yang juga pengasas bersama syarikat pengurusan acara RAR Sky Sdn Bhd bersama suami, Iskandar Ali tidak menafikan keluarga menjadi tulang belakang terhadap setiap perkara yang dilakukan.
Rose Azlin yang mesra disapa sebagai Kak Nona berkata, asbab memuliakan keluarga, dia percaya rezeki mereka sekeluarga akan lebih murah dan diberkatiNya.
“Memang saya dan suami akan fikirkan keluarga terlebih dahulu. Mereka nombor satu sebab kita berbahagi rezeki dengan mereka, terutamanya Kak KM. Kami bertahun-tahun bersama kejar impian dengan berniaga.
“Malah kalau dalam mana-mana acara yang kami anjurkan, rasa tak berseri kalau tiada dia. Macam mana sekali pun, akan cuba untuk selitkan Kak KM. Malah rasa lebih selesa bila buat kerja sesama adik beradik.
“Sebab kita sudah tahu apa kepakaran masing-masing. Misalnya kalau ada anak buah yang boleh buat fotografi, kita panggil dan tawarkan kerja kepadanya terlebih dahulu.
“Untuk jaga booth kedai pula, kita ada anak-anak yang akan tolong jaga, sepupu-sepapat atau anak buah. Kemudian, barulah kita tawarkan kepada orang luar pula.
“Sebabnya, kami nak ahli keluarga lain belajar dan tahu bukan mudah untuk cari duit. Kadang ada anak-anak orang senang ni, celik mata saja dah nampak duit depan mata.
“Mereka tak tahu bagaimana usaha susah senang kita dalam cari rezeki. Jadi kena belajar dan bermula dari bawah. Mungkin orang nampak kita sudah okay, tapi ramai tak tahu fasa merangkak yang dilalui,” katanya.
Ads
Kak Nona berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Festival Kampung Tradisi di SUK Selangor, Shah Alam, pada Isnin.
Acara anjuran Adikara dan RAR Sky Sdn Bhd itu bakal dilangsungkan selama empat hari bermula 12 Disember depan di Dataran Pantai Morib.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ahli Dewan Negeri Sungai Air Tawar, Yang Berhormat Datuk Rizam Ismail.
Kak Nona pada masa sama akui dia dan adik beradik juga belajar untuk saling menyangi sejak kecil, lebih-lebih lagi apabila melihat hubungan kasih sayang yang akrab antara ibu dan arwah bapa.
Ads
“Sejak kecil mak dan ayah besarkan kami penuh kasih sayang. Kami nampak mak selalu baring atas riba ayah. Malah mak sendiri tak pernah bercakap kasar dengan anak-anak.
“Kami sangat menghormati kedua orang tua kami dan saling berpelukan bila berjumpa. Malah kami sendiri terapkan pada anak-anak kami agar hubungan adik beradik tidak boleh putus dan sentiasa menyayangi antara satu dan lain” katanya lagi.
Sementara itu, Festival Kampung Tradisi bakal berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik yang mengetengahkan kekayaan budaya dan tradisi Melayu serta warisan rakyat Malaysia selama empat hari di Dataran Pantai Morib, Selangor.
“Festival ini bertujuan untuk memperkenalkan dan menghidupkan semula budaya tradisional yang sudah menjadi sebahagian daripada identiti negara.
“Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan tradisi, permainan rakyat, makanan kampung dari perkampungan Mat Kilau, dan persembahan seni sepanjang festival ini,” katanya lagi.
Ads
Selain para peniaga tempatan, kehadiran barisan artis yang turut sama berniaga pasti akan menambahkan kemeriah acara apabila ada di antara mereka juga bakal membuat persembahan.
Antara selebriti terlibat ialah Aan Ways, Azan Scan, Kak KM, Keena Mentor, Rina Eva, Jibam Ramlee, Elly Xceed, Syura Badron, Ahmad Yasin dan Kumpulan Kristal.
Kak KM juga akan sama-sama turun padang berniaga di samping ibunya, pelakon legenda, Normah Damanhuri yang bakal berniaga Nasi Lemak Mantan dan barisan juadah bubur manis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon Syafiq Kyle menyifatkan pencalonannya sebagai Top 5 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) sebagai satu pengiktirafan besar dalam perjalanan karier seninya.
Syafiq yang tercalon menerusi filem Sheriff bersaing dengan empat calon hebat iaitu Wan Azli (Pagari Bulan), Sharnaaz Ahmad (Polis Evo 3), Kahoe Hon (Victims), dan Jack Tan (Abang Adik).
Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak,32, bagaimanapun tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk membawa pulang trofi berprestij itu.
“Saya bersyukur dengan pencalonan ini, tetapi enggan terlalu berharap kerana bagi saya sudah tersenarai sebaris dengan nama-nama hebat lain sudah menjadi kemenangan peribadi.
“Pencalonan ini adalah satu penghormatan kepada semua yang terbabit dalam penghasilan filem Sheriff. Mereka adalah kekuatan di sebalik watak yang saya jayakan.
“Semua ini adalah hasil kerja berpasukan. Tanpa mereka, saya tidak akan sampai ke tahap ini,” katanya.
Menurut Syafiq, dia melihat pencalonannya itu sebagai pemangkin untuk terus memberikan yang terbaik dalam karya-karyanya akan datang.
“Saya mahu terus belajar dan mencabar diri untuk menghasilkan lakonan yang lebih berkualiti.
“Saya mahu menjadikan malam anugerah itu sebagai satu detik untuk meraikan industri kita, bukan hanya soal menang atau kalah,”katanya.
Walaupun dikelilingi perhatian atas pencalonannya, Syafiq memilih untuk kekal fokus kepada perjalanan kariernya tanpa terlalu terikat dengan isu kemenangan.
“Bagi saya, setiap peluang yang diberikan untuk berkarya adalah kemenangan sebenar.
“Saya mahu terus memberi yang terbaik tanpa terlalu memikirkan anugerah,” katanya lagi.
Malam berprestij FFM33 akan bersiaran secara langsung dari Kota Media, Angkasapuri jam 9.00 malam di TV2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Melalui entri tersebut, ibu kepada seorang cahaya mata itu dilihat berkongsi beberapa foto kandidnya sambil memperlihatkan ‘baby bump’.
“Budak kecil ni buat apa dalam perut? Taekwondo ke, kpop dance ke. Did baby kicks originally hurt this much?,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan turut menerima perhatian daripada para pengikutnya sekali gus sarat dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik dapat dibaca menerusi ruang komen.
Sekadar informasi, Maryam sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.
Terdahulu, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal Ibrahim pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan anak lelaki Misha Omar, Muhammad Idris Ezzwa yang tampil memperkenalkan ibunya pada Misha Omar Back To Basic Showcase, pada Sabtu menjadi tular di media sosial sehingga ke hari ini.
Ramai yang memuji kepetahannya bercakap dengan sebutan bahasa Inggeris yang baik pada usia lapan tahun.
Malah, Misha sendiri jarang mendedahkan anak-anaknya kepada umum dan selain Idris, Misha turut memiliki seorang anak angkat lelaki, Adam yang kini berusia 17 tahun.
Terdahulu menerusi segmen pembukaan showcase, Idris tampil bersahaja dengan kemeja putih telah tepukan gemuruh hampir 2,000 peminat yang memenuhi Jio Space, Petaling Jaya.
Sepanjang persembahan, Misha yang sudah 22 tahun bergelar anak seni turut menyampaikan lagu-lagu daripada penyanyi lain termasuk artis antarabangsa selain seleksi hits lagu sendiri.
Misha membuka persembahannya menerusi beberapa buah lagu daripada album terdahulu antaranya Cinta Adam dan Hawa, Sembunyi, Tiada Ku Mengerti dan Dedebu Cinta.
Turut disampaikan pada malam itu adalah lagu Pulangkan, Ku Seru, Masihkah Ada Rasa itu, Bunga-Bunga Cinta, Sampai Bila dan ditutup dengan lagu Semoga Abadi.
Penerima trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali itu turut menyampaikan lagu hits Lady Gaga dan Bruno Mars, Die With A Smile duet dengan Juara Bintang RTM 2018, Hariz Fayahet.
Selain peminat rakan artis yang sama-sama hadir menyaksikan persembahan Misha termasuk Ella, Aina Abdul, Shila Amzah, Ernie Zakri, Syamel dan Nabila Razali.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...